11 Jun 2013

Adakah Adam Adli layak Digelar aktivis pelajar?????

 
Adam Adli tak layak digelar aktivis pelajar


Penahanan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd Halim atas kesalahan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan pada Forum 13 Mei Hari Bangsa Malaysia anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) baru-baru ini, wajar menjadi iktibar kepada semua anak muda (terutama kepada pelajar di pusat pengajian tinggi).Adam Adli pernah bertindak menurunkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tahun lalu dan mendapat bantahan. Akibatnya beliau digantung pengajian oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) selama tiga semester. Aktiviti politik jalanan Banyak sekali kesilapan istilah yang kita gunakan setiap hari. Kita selalu meletakkan perkataan yang bermaksud baik kepada tempat yang tidak baik.Persoalannya, wajarkah Adam Adli dianggap sebagai aktivis pelajar? Barangkali gelaran aktivis pelajar itu memberi semangat dan keseronokan untuk beliau meneruskan aktiviti ‘politik jalanan’ yang dipopularkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Secara peribadi, saya amat tidak bersetuju individu yang bersikap seperti Adam Adli digelar sebagai seorang aktivis. Gelaran aktivis adalah lebih tepat kepada individu yang menyumbangkan bakti dan idea ke arah kebaikan negara dan kebajikan masyarakat. Contohnya, Tan Sri Lee Lam Thye (sosial) dan Tan Sri Profesor Emeritus Ismail Hussein (persuratan). Banyak sekali kesilapan istilah yang kita gunakan setiap hari. Kita selalu meletakkan perkataan yang bermaksud baik kepada tempat yang tidak baik. Contoh lain, kita selalu mendengar orang berkata ‘budaya samseng’, ‘budaya rempit’, ‘budaya lepak’ dan macam-macam budaya yang tidak baik. Sebenarnya, perkataan budaya ini hanya layak diletakkan di atas segala aktiviti yang bersifat baik. Segala aktiviti yang bersifat jahat dan buruk, hanya layak digunakan dengan perkataan gejala. ‘Gejala samseng’, ‘gejala rempit’, ‘gejala lepak’ dan pelbagai gejala lain. Justeru, wajarkah kita menggelar Adam Adli sebagai aktivis? Percayalah, kalau kita masih menganggap Adam Adli itu seorang ‘aktivis’, beliau adalah calon yang berpotensi untuk menjadi pengganti Anwar.

Tiada ulasan: