Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Segala Puji dan Puja Kepada Allah S.W.T yang telah Anugerahkan limpah dan kurninya kepada Negara Malaysia yang tercinta ini .Allah jualah yang memberikan KEMERDEKAAN di Tanah Air yang bertuah ini dan juga telah memberi mandat kepada UMNO dan BN untuk mentadbir Negara Malaysia yang tercinta ini ..Tahun 2012 UMNO Telah 66Tahun Ditubuhkan Bermula Dari Tarikh 1946 hingga Kini ... Saya Admin Dan Pemilik Group Kepada Jom Tolak Pakatan Haram (JTPH) Dengan rasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan saya ilham untuk membuat cerita Sejarah Silam UMNO Dan BN ... Saya akan ceritakan dari mula UMNO ditubuhkan Pada 1946 Sehingga Kini dan Selamanya ... Insyallah .Amin...
PRESIDEN UMNO PERTAMA : DATO' ONN BIN JAAFAR
(11 Mei 1946 - 26 Ogos 1951)
Pada Januari 1946
Kerajaan British Mengeluarkan Kertas Putih Mengenai Penubuhan Malayan Union Yang berhasrat mahu menghapuskan hak Raja-Raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada orang asing dengan syarat yang mudah...
Pada 3 Januari 1946
Pergerakan Melayu Semenanjung Johor Ditubuhkan untuk menentang Malayan Union ....
Pada 4 Mac 1946
Pergerakan Melayu Semenanjung Johor menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan di kelab sultan sulaiman kampung Baru,Kuala Lumpur.Kongres ini disertai oleh 41 buah pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu dan Singapura.kongres Melayu memutuskan untuk menubuhkan satu badan bagi mewakili orang-orang Melayu menentang Malayan Union...
Pada 29 dan Mac 1946
Kongres Melayu mengambil keputusan memulau istiadat penubuhan Malayan Union...
Pada 1 April 1946
Malayan Union dengan rasminya ditubuhkan dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor.Hak-Hak orang Melayu diketepikan....
Pada 11 dan 12 Mei 1946
Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar,Johor Bahru.Dalam Kongres ini Piagam UMNO telah diluluskan dan lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organization (UMNO). Dato Onn bin Jaafar dipilih sebagai Yang DiPertua...
Pada 29 dan 30 jun 1946
Mesyuarat Agung UMNO diadakan di Ipoh,telah melantik Datuk Haji Abdul Wahab (Panglima Bukit Gantang) sebagai setiausaha Agung dan menetapkan corak Bendera UMNO...
Pada 27 dan 28 Julai 1946
Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang telah mengadakan istiadat mengibar bendera UMNO di Sekolah Francis Light,Pulau Pinang....
Pada 10-12 Januari 1947
Mesyuarat Agung UMNO di Alor Setar,Kedah membincangkan Rang Undang -undang perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Contoh sebuah jawatankuasa yang dianggotai seramai 12 orang....
Pada 11-13 Mei 1947
Majlis Mesyuarat Agong UMNO di Kota Bharu,Kelantan berdebat mengenai perlunya parti menubuhkan cawangan diseluruh negara dan tidak hanya sebagai gabungan persatuan-persatuan Melayu sahaja. Dato haji Abdul Wahab meletak jawatan sebagai setiausaha Agung UMNO dan digantikan Oleh Encik Zainal Abidin bin Abas ....
Pada 2 - 4 September 1947
Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Johor Bahru mengadakan ketetapan mewujudkan derma pelajaran kepada anak-anak Melayu...
Pada 21 Januari 1948
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu di King House,Kuala Lumpur....
Pada 1 Februari 1948
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan rasminya ditubuhkan dan berakhirnya pemerintahan Malayan Union....
Pada 28 dan 29 Mei 1949
Persidangan Majlis Agung UMNO di Balai Rong,Arau,Perlis telah memutuskansatu perlembagaan baru membolehkan pendaftaran terus dan UMNO tidak lagi terdiri daripada pertubuhan yang bergabung dan sebagainya.Struktur pentadbiran UMNO berubah kepada empat peringkat iaitu Pusat,Negeri,Bahagian dan Cawangan....
Pada 25 Ogos 1949
Perhimpunan Agung Kaum Ibu UMNO diadakan di Butterworth,satu badan yang dikenali sebagai Badan Ahli-ahli Perempuan UMNO diwujudkan dan Cik Putih Mariah Ibrahim Rashid dipilih sebagai Ketua.Mengikut Pindaan Perlembagaan 1971,nama badan tersebut ditukar kepada Pergerakan Wanita..
Pada 26 Ogos 1949
Persidangan Agung Wakil-wakil Pemuda di Butterworth telah melantik Kapten Hussein Onn sebagai Ketua/Setiausaha Hal Ehwal Pemuda dan Dato Onn Jaafar sebagai Penasihat.Mengikut Pindaan Perlembagaan 1955,ia di namakan Pergerakan Pemuda...
Pada 20 Februari 1950
UMNO menganjurkan perjumpaan alim ulama se-malaya di Muar,Johor bagi memperjuangkan soal-soal keagamaan yang akan dibuat melalui UMNO...
Pada 11 Jun 1950
Cadangan Kerakyatan Communities Liaison Committee (CLC) diterima dengan pindaan berikut; menambah syarat kelahiran ibu/bapa bagi anak-anak yang dilahirkan di Negeri-negeri Melayu untuk menjadi rakyat Raja Melayu ...Mereka yang tidak lahir di sini boleh memohon tetapi jika ada bukti telah menetap disini dalam tempoh yang tertentu tanpa putus-putus dan sanggup mengangkat sumpah taat setia kepada Raja Melayu...
Pada 12 Jun 1950
Dato Onn kecewa dengan sikap ahli-ahli UMNO terhadapnya ekoran isu kerakyatan dalam CLC..Beliau meletak jawatan sebagai Yang DiPertua pada hari kedua Persidangan di Kuala Lumpur ....
Pada 20 Julai 1950
Satu rombongan dihadiri oleh Wakil-wakil Bahagian UMNO dan penduduk kampung berarak ke rumah Dato'Onn di Johor Bahru bagi memujuk beliau kembali kepada UMNO.. Beliau setuju ,dengan syarat beliau tidak dikecam lagi...
Pada 27-29 Ogos 1950
Pada Persidangan tahun ke-5,Dato Onn bin Jaafar diberi sambutan meriah dan beliau memegang semula jawatan Yang DiPertua...
Pada September 1950
Cadangan UMNO mengenai Rakyat diluluskan dan dihantar kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri-negeri Melayu. Ia telah menjadi asas kepada Udang-undang Kerakyatan 1951...
Pada 4 Februari 1951
Seorang wakil dari Kuala Pilah,Negeri Sembilan telah mencadangkan agar slogan 'Hidup Melayu' ditukarkan kepada 'Merdeka',sewaktu Persidangan Agong UMNO di Istana Iskandariah,Kuala Kangsar,Perak diadakan...
Pada 23 dan 25 Mac 1951
Persidangan Agung UMNO setengah Tahun diadakan di Majestic Hotel,Kuala Lumpur telah meluluskan slogan 'Merdeka' sebagai seruan rasmi UMNO....
Pada Jun 1951
Dato Onn membuat cadangan membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu dan mengubah nama UMNO kepada United Malayan Organization,tetapi ditolak kerana tidak yakin semua dasar UMNO akan dapat diputuskan bersama ahli berbagai kaum serta mendatangkan faedah kepada orang-orang Melayu...
Pada 26 Ogos 1951
Persidangan Agung UMNO diadakan di Hotel Majestic,Kuala Lumpur.. Dato Onn mengambil Keputusan meninggalkan UMNO...........
PRESIDEN UMNO KEDUA Dan PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
(26 Ogos 1951) (23 Januari 1971)
Pada 26 Ogos 1951
Persidangan Agung UMNO di Hotel Majestic,Kuala Lumpur.Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj dipujuk untuk bertanding jawatan Yang DiPertua Oleh Tun Abdul Razak bin Dato Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua....
Pada 8 Januari 1952
UMNO Bahagian Kuala Lumpur telah mencapai kata sepakat dengan MCA Selangor bagi menghadapi pilihanraya perbandaran Kuala Lumpur....
Pada 3 Februari 1953
Rundingan Meja Bulat UMNO-MCA berjalan untuk mencari persefahaman dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.Tunku meletakkan syarat yang harus menjadi dasar rundingan iaitu: MCA hendaklah menerima dan mengiktiraf bahawa negeri ini adalah negeri Melayu,hak orang Melayu yang sebenar dan segala keutamaan terletak kepada orang Melayu dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Pihak MCA telah menerima dan mengakui hakikat ini....
Pada 23 Ogos 1953
Perikatan UMNO-MCA menganjurkan Perhimpunan Kebangsaan bagi membincang langkah-langkah mencapai kemerdekaan dan bersetuju menubuhkan Perikatan....
Pada 21 April 1954
UMNO-MCA ke London untuk tuntutan kemerdekaan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan T.H. Tan untuk bertemu dengan Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan,Oliver Lyttelton.Orang ramai telah mengumpul derma dalam bentuk wang dan barang kemas,termasuklah Tunku Kursiah,Tengku Ampuan Negeri Sembilan yang telah melucutkan gelang tangan baginda untuk membiayai rombongan itu....
Pada 1 Julai 1954
UMNO mengadap Raja-raja Melayu untuk meminta sokongan ke atas tuntutan agar 60 orang ahli Majlis dipilih bagi Majlis Undangan Persekutuan.Perarakan pertama UMNO-MCA bermula di Johor untuk membuat rayuan kepada Sultan berhubung dengan keengganan Setiausaha Tanah Jajahan British melaksanakan cadangan supaya dibentuk Suruhanjaya Khas Bebas bagi mengkaji soal penubuhan Perlembagaan Persekutuan dalam memorandum untuk mengadakan pilihan raya. Perarakan melalui Jalan Ibrahim, hadapan Supreme Court dan melalui Jalan Trus di hadapan Kedai Hua Mui hinggalah di tangga agong Pejabat Kerajaan Bukit Timbalan, Johor Bahru....
Pada April 1955
Setelah rundingan diadakan, UMNO-MCA menerima dengan rasminya MIC sebagai parti rakan dalam Perikatan. Perikatan mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu dan menjadikan usaha menuntut kemerdekaan lebih lancar....
Pada 7 Julai 1955
Sebagai menghadapi pilihan raya yang bakal berlangsung. Persidangan UMNO memutuskan 40 kerusi dari 52 dibahagikan kepada UMNO memandangkan 84 peratus adalah pengundi Melayu. Setelah bertolak ansur, Majlis Kebangsaan Perikatan membuat keputusan 35 kerusi untuk UMNO, 15 MCA dan 2 MIC...
Pada 27 Julai 1955
Pilihan Raya Persekutuan diadakan, sebanyak 52 kerusi dipertandingkan dan perikatan memenangi 51 kerusi...
Pada 31 Julai 1955
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Yang Dipertua UMNO dilantik sebagai Ketua Menteri dalam kerajaan peralihan setelah Perikatan memenangi Pilihanraya Persekutuan. Pembukaan rasmi Rumah UMNO di Batu Road ( Jalan Tuanku Abdul Rahman ) Kuala Lumpur oleh Sultan Hishamuddin, Sultan Selangor Darul Ehsan.....
Pada 1 Januari 1956
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Dato Hussein, Tun Dr. Ismail Dato Abdul Rahman, Tan Sri Nik Ahmad Kamil,Tun H.S.Lee, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain bertolak ke London bagi rundingan menuntut Kemerdekaan.....
Pada 30 Jun 1957
Perhimpunan Agung UMNO sebulat suara menerima Kertas Putih sebagai rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang meliputi Perlembagaan Negeri-negeri Melaka dan Pulau Pinang.Ianya telah dibincangkan dalam perhimpunan ini sebelum diterbitkan di Persekutuan Tanah Melayu dan di London.....
Pada 30 Ogos 1957
Tepat jam 12:00 malam di Padang Kelab Selangor , bendera 'Union Jack' diturunkan oleh Tahir Abdul Majid menandakan tamatnya kuasa penjajahan British di Tanah Melayu.Beliau kemudian menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu.....
Pada 31 Ogos 1957
Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi Perdana Menteri manakala Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.....
Pada 19 Ogos 1959
Pilihanraya Umum yang pertama selepas Merdeka Bagi merebut 104 kerusi Dewan Rakyat. UMNO memenangi 51 daripada 69 kerusi yang dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali sebagai Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato Hussein dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Luar Bandar....
Pada 27 Mei 1961
Tunku Abdul Rahman Putra menyuarakan gagasan Malaysia dalam satu majlis anjuran Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara di Singapura...
Pada 4 November 1961
Perhimpunan Agung Khas UMNO di Dewan Perbandaran Kuala Lumpur.Persidangan ini mengambil ketetapan menyokong cadangan penubuhan Malaysia...
Pada 21 Jun 1962
Laporan Suruhjaya Cobbold menunjukkan rakyat negeri Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia...
Pada 25 April 1964
Pilihanraya Umum bagi kerusi Parlimen dan Negeri serentak di Semenanjung kali kedua diadakan.UMNO memenangi 59 kerusi daripada 69 kerusi yang dipertandingkan....
Pada 20 Mei 1964
Majlis Kerja Tertinggi UMNO membincangkan soal mengembangkan UMNO ke Sabah dan Sarawak....
Pada 2 Mac 1965
Mesyuarat Majlis Kerja Tertimggi UMNO memutuskan susunan pentadbiran Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Kaum Ibu UMNO diselaraskan dengan pentadbiran UMNO Malaysia....
Pada 15 Disember 1965
Pembentangan usul mengenai Rancangan Malaysia Pertama untuk tempoh lima tahun (1966-1970) telah berlangsung di Parlimen dengan matlamat untuk eratkan dan rancangan pembangunan bagi kebajikan semua golongan....
Pada 10 Mei 1969
Pilihan Raya Umum kali ketiga diadakan .UMNO memenangi 51 kerusi daripada 67 kerusi yang dipertandingkan dan dalam pilihan raya ini Perikatan mengalami kemerosotan kerusi....
Pada 13 Mei 1969
Peristiwa pergaduhan kaum di Kuala Lumpur membawa kepada penubuhan kerajaan darurat (MAGERAN) bagi mengamankan keadaan....
Pada 22 September 1970
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan digantikan oleh Tun Abdul Razak Hussein sebagai Perdana Menteri yang baru....
Pada 23 Januari 1971
Sewaktu Perhimpunan Agung UMNO di Merlin Hotel,Kuala Lumpur,Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengundur diri sebagai Yang Dipertua UMNO....
PRESIDEN UMNO KETIGA Dan PERDANA MENTERI MALAYSIA KEDUA
TUN HAJI ABDUL RAZAK DATO HUSSEIN
(23 Januari 1971)-(14 Januari 1976)
Pada 23 Januari 1971
Perdana Menteri Malaysia Yang kedua Tun Haji Abdul Razak Dato Hussein telan dipilih sebagai Yang Dipertua UMNO yang baru....
Pada 22 Februari 1971
Parlimen dipulihkan dan pemerintahan MAGERAN tamat.Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) serentak dengan Rancangan Malaysia Ke-2diadakan di Dewan Rakyat. Pindaan Perlembagaan Negara yang melarang perbincangan hak-hak kaum diluluskan....
Pada 11 Mei 1971
Perayaan 25 tahun UMNO disambut secara besar-besaran di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai 'Perayaan Suku Abad UMNO Malaysia' dengan tema 'Kejayaan UMNO dan Kemajuan Malaysia' Di sinilah lahirnya doktrin politik kebangsaan Melayu menerusi ucapan Presiden UMNO selaku Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein yang dikenali sebagai "Manipol 11 Mei 1971"....
Pada 1 Januari 1973
Penubuhan rasmi Kerajaan Perikatan-PAS di peringkat Negeri dan Pusat....
Pada 2 Ogos 1973
Tun Dr.Ismail bin Dato'Abdul Rahman,Timbalan Presiden UMNO telah meninggal dunia dan Tun Hussein Onn memangku jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO....
Pada 17 Januari 1974
Perjumpaan antara beberapa buah parti dalam kerajaan campuran bagi membincangkan pelaksanaan konsep Barisan Nasional. Hasilnya sembilan parti dalam Barisan Nasional didaftarkan secara rasminya pada 1 Jun 1974. Simbolnya juga bertukar dari kapal layar kepada dacing....
Pada 23 Ogos 1974
Pilihanraya umum ke-4.Barisan Nasional memenangi 135 daripada jumlah 154 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dan calon UMNO memenangi semua kerusi yang diperuntukkan iaitu sebanyak 61 kerusi....
Pada 30 November 1975
Sidang Khas Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memberi kepercayaan kepada Dato'Harun Idris selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.....
Pada 14 Januari 1976
Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato Hussein meninggal dunia di London kerana penyakit leukemia dan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara....
PEMANGKU PRESIDEN UMNO KE EMPAT Dan PERDANA MENTERI MALAYSIA KETIGA
TUN HUSSEIN ONN
PEMANGKU PRESIDEN
(14 Januari 1976)-(15 September 1978)
PERDANA MENTERI MALAYSIA
(15 September 1978)-(28 Jun 1981)
Pada 14 Januari 1976
Tun Hussein Onn mengantikan Arwahyarham Tun Abdul Razak Dato Hussein sebagai Perdana Menteri dan Pemangku Presiden UMNO.....
Pada 5 Mac 1976
Pembentukan Kabinet baru Tun Hussein Onn Sebagai Perdana Menteri Malaysia Dan Dato'Seri Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri....
Pada 17 Disember 1977
PAS Terpecat dengan sendirinya dari Barisan Nasional kerana enggan menyokong Rang Undang-undang bagi mengisytiharkan darurat di Kelantan....
Pada 8 Julai 1978
Pilihan raya umum yang ke-5. UMNO memenangi 69 Kerusi daripada 74 kerusi yang dipertandingkan.....
Pada 11 Mac 1978
Pilihanraya Negeri Kelantan diadakan setelah pemerintahan darurat ditamatkan. Barisan Nasional berjaya menamatkan pemerintahan PAS yang berkuasa sejak 1959. Dengan kemenangan Barisan Nasional, Dato' Mohamed bin Yaacob telah dilantik menjadi Menteri Besar Kelatan.....
Pada 30 Mei - Jun 1980
Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran UMNO diadakan di Kuala Lumpur bagi merumuskan langkah-langkah menambahkan penyertaan Bumiputera dalam bidang ekonomi dan perdagangan.....
Pada 27 Mac 1981
Pembentangan Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) oleh Tun Hussein Onn di dewan Rakyat dengan menekankan kepada perancangan pembangunan sebagai pendekatan mempertingkatkan prestasi ekonomi, sosial dan pembangunan kerohanian negara. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan untuk mencapai tujuan utama iaitu perpaduan negara serta mengekalkan keamanan dan keselamatan.....
Pada 15 Mei 1981
Tun Hussein Onn mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden UMNO atas faktor kesihatan....
PRESIDEN UMNO KE LIMA Dan PERDANA MENTERI MALAYSIA KE EMPAT
TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD
(28 JUN 1981)-(31 OKTOBER 2003)
Pada 28 Jun 1981
Perhimpunan Agung UMNO diadakan di Hotel Hilton dan Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad Dipilih sebagai Presiden tanpa bertanding dan Dato' Musa Hitam sebagai Timbalan Presiden dengan mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah.....
Pada 22 April 1982
Dalam Pilihan Raya Umum yang ke-6, Barisan Nasional telah menang besar dengan memperoleh 132 daripada jumlah 154 kerusi Parlimen yang dipertandingkan . UMNO memenangi 70 kerusi daripada 75 kerusi yang dipertandingkan...
Pada 25 Januari 1984
Majlis Tertinggi UMNO bersetuju USNO dipecat daripada Barisan Nasional kerana menentang tindakan menjadikan Labuan sebagai sebahagian Wilayah Persekutuan....
Pada 26 September 1985
Perasmian Kompleks UMNO yang dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , di jalan Tun Ismail oleh Presiden UMNO, merangkap Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad....
Pada 3 Ogos 1986
Pilihan Raya Umum yang ke-7 peringkat kebangsaan dan negeri-negeri (Semenanjung) Barisan Nasional memenangi 148 daripada 177 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. UMNO memenangi 83 kerusi yang diperuntukkan....
Pada 24 April 1987
Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 1987, di mana Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dengan majoriti 43 undi bagi jawatan Presiden. Tun Ghaffar Baba pula menewaskan Dato Musa Hitam dengan majoriti 40 undi bagi jawatan Timbalan Presiden.....
Pada 25 Julai 1987
Kumpulan 12 Ahli UMNO (kemudian seorang menarik diri) mengemukakan saman di Makamah Tinggi supaya mengisytiharkan pemilihan UMNO batal dan Tidak Sah....
Pada 4 Februari 1988
Mahkamah Tinggi mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan tidak sah kerana menerima wakil dari cawangan-cawangan yang tidak berdaftar semasa pemilihan Jawatankuasa Bahagian sehingga membawa kepada pengharaman UMNO.....
Pada 13 Februari 1988
Permohonan bagi mendaftarkan UMNO (Baru) dikemukakan Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad dan beberapa bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO....
Pada 16 Februari 1988
UMNO secara rasmi diterima untuk menganggotai semula Barisan Nasional....
Pada 21 Oktober 1990
TUNGGU SAMBUNGAN AKAN DATANG :)
1 ulasan:
alhamdulillah... pd yg dah lpe perjuangan yg org2 terdahulu buat utk kite & apa yg kite dpt rse skrg nie... jgn segan2 la ye nk bljar @ bce blik SEJARAH NEGARA KITE...
Catat Ulasan