30 Jan 2014

PRK Kajang :Nik Aziz Pertahankan Anwar Membazir Duit Rakyat????




PRK Kajang :Nik Aziz Pertahankan Anwar Membazir Duit Rakyat????Setiap kali Anwar Bin Ibrahim melakukan kesalahan maka Nik Aziz akan tampil mempertahankan beliau seolah-olah telah menjadi tugas khas Nik Aziz untuk “mencuci najis” Anwar Bin Ibrahim. Sepatutnya manusia yang berada dipenghujung usia seperti beliau sentiasa mengeluarkan kenyataan yang benar dan adil sahaja tanpa dipengaruhi oleh sebarang kepentingan peribadi.

Dalam keadaan Nik Aziz yang sentiasa uzur beliau dilihat berada dalam keadaan yang cukup terdesak apabila sanggup mencabar Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk tidak meletakkan calon mereka sekiranya menganggap pengosongan kerusi di Dun Kajang itu sebagai satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.

Mengapa Nik Aziz tidak lantang bersuara mempertahankan kesucian maruah Islam apabila Kalimah Allah dengan jelas cuba diperkotak katikkan oleh rakan-rakan seperjuangan Nik Aziz. Anehnya apabila Nik Aziz yang kononnya mewakili parti Islam Se-Malaysia sebenarnya tidak peduli langsung akan untung nasib bangsa Melayu yang beragama Islam.

Kononnya Nik Aziz muak dengan akhbar-akhbar pro Umno yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi padahal kononnya Umno sendiri lupa, bahawa langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang lebih teruk. Sebenarnya siapa yang cuba Nik Aziz tipu dengan segala manipulasi tak beretika beliau. Langkah PKR mengosongkan kerusi sesuka hati tanpa sebab musabab yang kukuh sebenarnya satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika sehingga merugikan negara dan rakyat.



Senario ini seolah-olah menggambarkan etika sebenar para pemimpin pembangkang yang cukup tidak beretika. Mereka seolah-olah lebih tertumpu untuk merebut kekayaan dan tidak lagi menumpukan kepada tugas sebenar sebagai ahli politik. Sedangkan hakikat sebenarnya parti politik bukan untuk mengayakan diri tetapi sebaliknya mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan negara.

Kemelut politik yang berlaku di Selangor jelas mengambarkan ketidakikhlasan dan ketidakupayaan pembangkang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat. Mereka telah jauh tergelincir dari landasan yang sebenarnya. Politik adalah berkenaan pentadbiran negara memajukan negara. Namun begitu bagi pembangkang yang mendapat kuasa di Selangor telah menyalahgunakan kuasa itu untuk kepentingan diri.

Berbalik kepada isu Nik Aziz mempertahankan Anwar. Kegagalan Nik Aziz dalam membangunkan Kelantan selepas lebih dari dua puluh tahun meneraju negeri tersebut sepatutnya dijadikan “benchmark” ketidakupayaan Nik Aziz, PKR dan DAP dalam menjalankan pentadbiran. Ketidaktelusan mereka seiring dengan penderitaan rakyat sepatutnya membuka mata rakyat. Namun bagi rakyat yang memilih untuk mempercayai fitnah dari hakikat kebenaran demi dendam peribadi telah membuka ruang dan peluang untuk pembankang mempergunakan mereka untuk kepentingan politik masing-masing.

Oleh itu bagi kita yang diberi hidayah untuk melihat kebenaran yang cuba dipermainkan pembangkang, mempunyai tugas yang cukup berat untuk berjihad menyedarkan mereka yang tertipu dengan semua dakyah pembangkang. Jihad kita demi agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair.

Gunung Kinabalu dilitupi fros








KOTA KINABALU: Suhu rendah yang luar biasa di Sabah menyebabkan lapisan fros meliputi tumbuh-tumbuhan di Gunung Kinabalu, terutamanya berhampiran Panar Laban dan Laban Rata pada ketinggian hanya lebih 3,000 meter.
 
Selain itu, suhu yang sejuk itu telah membekukan titisan air kabus yang meliputi gunung.
 
"Ia seperti kristal ais kecil di udara yang cair apabila ianya menyentuh kulit anda. Ia sesuatu yang ajaib," kata pemandu pelancong berpengalaman, Tham Yau Kong.
 
Lapor Mstar, pengembara dan kakitangan rumah rehat Laban Rata menyedari kewujudan fros dan kristal ais sejak tiga hingga empat hari lalu.
 
Tham, yang mengatakan dia telah mendaki gunung kira-kira 500 kali berkata, dia menyedari keadaan fros di puncak itu dianggarkan 20 kali.
 
"Ia bukan satu fenomena baru.
 
"Saya pasti fros itu disebabkan oleh suhu lebih sejuk daripada biasa kita alami di Sabah sejak dua minggu lalu," katanya pada Khamis.

25 Jan 2014

PUBLISITI..!!! Bila Dah Terdesak Sanggup Rumahtangga Diperjudikan Untuk Kepentingan Politik






Akhirnya seperti yang diramalkan, Nurul Izzah tidak dapat keluar daripada permainan politik yang diciptanya bagi mendapatkan simpati para penyokong dan rakyat Malaysia. Semalam kecoh apabila berita perceraiannya didedahkan oleh The STAR dan kemudian dipanjang serta disebarluas pula oleh pelbagai blog dan portal. Hari ini, muncul pula berita, Nurul Izzah mahu menarik balik permohonan fasakh (atau menceraikan suaminya) yang telah dibuat pada penghujung Disember lalu.

Isu masalah rumahtangga Nurul Izzah, hubungannya dengan seorang lelaki warga Indonesia kelahiran Malaysia tetapi sangat aktif bergiat dalam NGO-NGO yang menentang Kerajaan Malaysia bernama Anas Alam Faizli, 'kepandiran' suaminya dan seribu satu macam cerita tentang keluarga Anwar Ibrahim, bukannya rahsia besar. Hampir kesemua orang di Malaysia tahu siapa dan apa yang sedang berlaku dalam keluarga tersebut. Dan terlalu ramai rakyat Malaysia yang percaya, apa-apa sahaja yang berlaku dalam keluarga tersebut, semuanya merupakan drama yang diarahkan oleh Anwar Ibrahim untuk kepentingan politik dan dirinya yang sentiasa berangan-angan akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Mencari publisiti, menimbulkan isu dan kemudian meraih simpati merupakan antara adegan-adegan yang sangat sinonim dengan keluarga Anwar Ibrahim. Dalam hal ini, Nurul Izzah mungkin melihat masalah rumahtangganya yang telah didedahkan oleh puak dalaman PKR yang bermusuh dengannya sebagai satu insiden yang boleh menaikkan kembali namanya.

Dari tahun 1999, apabila Nurul Izzah dijuluki gelaran PUTERI REFORMASI, elemen-elemen penting yang menjadi teras kepada pengangkatan dirinya dalam dunia politik Malaysia adalah simpati. Nurul Izzah sendiri sebenarnya tidak mempunyai sebarang ciri-ciri atau kriteria yang melebihkan dia berbanding orang lain. Cuma gambar-gambar sedih, sayu dan menaikkan sentimen melibatkan dirinya dalam gerakan Reformasi, yang membuatkan dia terus berada pada kedudukan hari ini.

Apabila persengketaan peribadinya dengan KEKASIH PAPAnya iaitu Azmin Ali, pelbagai cerita buruk tentang Nurul Izzah mulai tersebar. Menariknya, sekalipun blok pro-Kerajaan tahu tentang cerita tersebut, terlalu sedikit keburukan peribadi Nurul Izzah yang dikeluarkan berbanding peribadi buruk papanya yang dianggap boleh merosakkan negara. Lebih ramai yang mengambil sikap, masalah peribadi Nurul Izzah sebenarnya tidak mendatangkan sebarang manfaat atau keburukan kepada negara.

Hal peribadi adalah hal peribadi, bukannya politik, sekaligus bercanggahan dengan prinsip politik Pakatan Rakyat terutama sekali PKR yang menjadikan isu peribadi sebagai isu politik sepertimana yang mereka lakukan terhadap Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak serta sebilangan besar pemimpin Barisan Nasional yang lain.

Berita hari ini, Nurul Izzah menarik balik permohonan fasakhnya, merupakan satu lagi episod dalam drama yang cuba meraih simpati masyarakat Malaysia dan dalam usaha terkini untuk mengalihkan isu tersebut kepada UMNO untuk dipersalahkan.

Drama demi drama terus dimainkan oleh keluarga Anwar Ibrahim. Mereka tiada sebarang pantang. Apa-apa sahaja isu yang dilihat mampu memberikan keuntungan kepada mereka, itulah yang akan mereka lakukan. Justeru, tidak menghairankan, Nurul Izzah yang suatu ketika pernah menggesa agar orang Melayu dibenarkan MURTAD atas nama kebebasan beragama, kini sedang bermain kong-kali-kong tentang rumahtangga dan status dirinya.

Jangan terkejut sekiranya, permohonan fasakh ditarik balik tetapi selepas itu NURUL IZZAH MEMPUNYAI DUA ORANG 'SUAMI'!!!

23 Jan 2014

UMNO Punca Harga Daging Babi Naik.





Akhbar-akhbar berbahasa cina hari ini menyiarkan keluh kesah kaum cina berikutan kenaikan harga daging babi secara mendadak di pasaran.  Harga daging babi di pasar-pasar seluruh negara dikesan meningkat antara 14% hingga 15% sejak beberapa hari lepas.

Peningkatan ini dikaitkan dengan keputusan kerajaan untuk menaikkan duit import daging babi yang diimport dari negara-negara seperti China atas alasan bagi mengelakkan lambakan bahan makanan tersebut di pasaran tempatan.

Dalam masa yang sama, kononnya untuk melindungi pembekal daging babi tempatan.

Justifikasi ini bagaimanapun ditolak oleh sebahagian besar pengimport dan peniaga daging babi tempatan kerana Malaysia diketahui tidak mempunyai bekalan daging babi yang cukup untuk menampung permintaan tinggi di pasaran.

Sejak jangkitan virus Nipah dan JE pada 1998, bekalan daging babi tempatan sudah merosot dengan begitu teruk sekali sehingga sebahagian besar dari bekalan daging tersebut perlu diperolehi dari negara luar.

Dengan itu menjadikan alasan kerajaan kononnya kenaikan duti import ini kerana nak melindungi bekalan daging babi tempatan, sebagai amat tidak munasabah.

Pakatan Rakyat melihat keputusan kerajaan ini adalah satu tindakan balas dendam terhadap kemerosotan (atau lebih tepat, ketiadaan) sokongan pengundi cina terhadap BN dalam PRU13 yang lepas.

Orang cina sudah cukup terseksa sejak BN kembali berkuasa,  Kenaikan harga petrol, pemansuhan subsudu gula dan sebagainya, sudah cukup menyusahkan masyarakat cina untuk terus hidup di negara ini.  Kini, daging babi pun mahal kerana cukai importnya dinaikkan oleh kerajaan.

Masyarakat cina melihat kerajaan tidak berlaku adil kepada mereka.  Sudahlah orang cina hampir tidak ada suara di dalam kabinet kerajaan persekutuan, bila berlaku masalah seperti ini, kepada siapakah mereka nak mengadu?

Pakatan Rakyat berpandangan, tindakan seumpama ini tidak patut sama sekali.  Daging babi adalah bahan makanan utama masyarakat cina dan seharusnyalah harga produk berkenaan di pasaran tempatan, kekal pada kadar yang rendah.

Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri perlulah mengambil tindakan segera dengan mengembalikan semula kadar cukai import daging babi pada kadar biasa.  Jika tidak, jangan salahkan orang cina jika mereka bangkit membantah kezaliman ini dengan berdemonstrasi di jalan.

Patutlah bila harga kangkung turun depa menyalak . hahahahaha   JOM TOLAK PAKATAN HARAM 

14 Jan 2014

BIODATA RASULULLAH SAW [ SEBARKAN ]







Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera berga
jah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN  




Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN



Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

Khadijah Binti Khuwailid.


Saudah Binti Zam'ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Harith.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

Qasim
Abdullah


Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummi Kalthum
Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
Thuwaibah
Hamzah
Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad



SAUDARA SUSUAN
Halimah Al-Saidiyyah
Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

Al-Harith
Muqawwam
Zubair
Hamzah ***
Al-Abbas ***
Abu Talib
Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
Abdul Ka ' bah
Hijl
Dhirar
Umaimah
Al-Bidha (Ummu Hakim)
Atiqah ##
Arwa ##
Umaimah
Barrah
Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.





Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
· Aku melihat cahaya dari lidahnya.
· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
· Wajahnya seperti bulan purnama.
· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
· Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
· Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
· Janggutnya penuh dan tebal menawan.
· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
· Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
· Rambutnya sedikit ikal.
· Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
· Rambutnya terbelah di tengah.
· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
· Seimbang antara kedua bahunya.
· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
· Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
· Warna putihnya lebih banyak.
· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
· Warna kulitnya putih tapi sihat.











Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)