Akhbar-akhbar berbahasa cina hari ini menyiarkan keluh kesah kaum cina berikutan kenaikan harga daging babi secara mendadak di pasaran. Harga daging babi di pasar-pasar seluruh negara dikesan meningkat antara 14% hingga 15% sejak beberapa hari lepas.
Peningkatan ini dikaitkan dengan keputusan kerajaan untuk menaikkan duit import daging babi yang diimport dari negara-negara seperti China atas alasan bagi mengelakkan lambakan bahan makanan tersebut di pasaran tempatan.
Justifikasi ini bagaimanapun ditolak oleh sebahagian besar pengimport dan peniaga daging babi tempatan kerana Malaysia diketahui tidak mempunyai bekalan daging babi yang cukup untuk menampung permintaan tinggi di pasaran.
Sejak jangkitan virus Nipah dan JE pada 1998, bekalan daging babi tempatan sudah merosot dengan begitu teruk sekali sehingga sebahagian besar dari bekalan daging tersebut perlu diperolehi dari negara luar.
Dengan itu menjadikan alasan kerajaan kononnya kenaikan duti import ini kerana nak melindungi bekalan daging babi tempatan, sebagai amat tidak munasabah.
Pakatan Rakyat melihat keputusan kerajaan ini adalah satu tindakan balas dendam terhadap kemerosotan (atau lebih tepat, ketiadaan) sokongan pengundi cina terhadap BN dalam PRU13 yang lepas.
Orang cina sudah cukup terseksa sejak BN kembali berkuasa, Kenaikan harga petrol, pemansuhan subsudu gula dan sebagainya, sudah cukup menyusahkan masyarakat cina untuk terus hidup di negara ini. Kini, daging babi pun mahal kerana cukai importnya dinaikkan oleh kerajaan.
Masyarakat cina melihat kerajaan tidak berlaku adil kepada mereka. Sudahlah orang cina hampir tidak ada suara di dalam kabinet kerajaan persekutuan, bila berlaku masalah seperti ini, kepada siapakah mereka nak mengadu?
Pakatan Rakyat berpandangan, tindakan seumpama ini tidak patut sama sekali. Daging babi adalah bahan makanan utama masyarakat cina dan seharusnyalah harga produk berkenaan di pasaran tempatan, kekal pada kadar yang rendah.
Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri perlulah mengambil tindakan segera dengan mengembalikan semula kadar cukai import daging babi pada kadar biasa. Jika tidak, jangan salahkan orang cina jika mereka bangkit membantah kezaliman ini dengan berdemonstrasi di jalan.
Patutlah bila harga kangkung turun depa menyalak . hahahahaha JOM TOLAK PAKATAN HARAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan