25 Jan 2014

PUBLISITI..!!! Bila Dah Terdesak Sanggup Rumahtangga Diperjudikan Untuk Kepentingan Politik






Akhirnya seperti yang diramalkan, Nurul Izzah tidak dapat keluar daripada permainan politik yang diciptanya bagi mendapatkan simpati para penyokong dan rakyat Malaysia. Semalam kecoh apabila berita perceraiannya didedahkan oleh The STAR dan kemudian dipanjang serta disebarluas pula oleh pelbagai blog dan portal. Hari ini, muncul pula berita, Nurul Izzah mahu menarik balik permohonan fasakh (atau menceraikan suaminya) yang telah dibuat pada penghujung Disember lalu.

Isu masalah rumahtangga Nurul Izzah, hubungannya dengan seorang lelaki warga Indonesia kelahiran Malaysia tetapi sangat aktif bergiat dalam NGO-NGO yang menentang Kerajaan Malaysia bernama Anas Alam Faizli, 'kepandiran' suaminya dan seribu satu macam cerita tentang keluarga Anwar Ibrahim, bukannya rahsia besar. Hampir kesemua orang di Malaysia tahu siapa dan apa yang sedang berlaku dalam keluarga tersebut. Dan terlalu ramai rakyat Malaysia yang percaya, apa-apa sahaja yang berlaku dalam keluarga tersebut, semuanya merupakan drama yang diarahkan oleh Anwar Ibrahim untuk kepentingan politik dan dirinya yang sentiasa berangan-angan akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Mencari publisiti, menimbulkan isu dan kemudian meraih simpati merupakan antara adegan-adegan yang sangat sinonim dengan keluarga Anwar Ibrahim. Dalam hal ini, Nurul Izzah mungkin melihat masalah rumahtangganya yang telah didedahkan oleh puak dalaman PKR yang bermusuh dengannya sebagai satu insiden yang boleh menaikkan kembali namanya.

Dari tahun 1999, apabila Nurul Izzah dijuluki gelaran PUTERI REFORMASI, elemen-elemen penting yang menjadi teras kepada pengangkatan dirinya dalam dunia politik Malaysia adalah simpati. Nurul Izzah sendiri sebenarnya tidak mempunyai sebarang ciri-ciri atau kriteria yang melebihkan dia berbanding orang lain. Cuma gambar-gambar sedih, sayu dan menaikkan sentimen melibatkan dirinya dalam gerakan Reformasi, yang membuatkan dia terus berada pada kedudukan hari ini.

Apabila persengketaan peribadinya dengan KEKASIH PAPAnya iaitu Azmin Ali, pelbagai cerita buruk tentang Nurul Izzah mulai tersebar. Menariknya, sekalipun blok pro-Kerajaan tahu tentang cerita tersebut, terlalu sedikit keburukan peribadi Nurul Izzah yang dikeluarkan berbanding peribadi buruk papanya yang dianggap boleh merosakkan negara. Lebih ramai yang mengambil sikap, masalah peribadi Nurul Izzah sebenarnya tidak mendatangkan sebarang manfaat atau keburukan kepada negara.

Hal peribadi adalah hal peribadi, bukannya politik, sekaligus bercanggahan dengan prinsip politik Pakatan Rakyat terutama sekali PKR yang menjadikan isu peribadi sebagai isu politik sepertimana yang mereka lakukan terhadap Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak serta sebilangan besar pemimpin Barisan Nasional yang lain.

Berita hari ini, Nurul Izzah menarik balik permohonan fasakhnya, merupakan satu lagi episod dalam drama yang cuba meraih simpati masyarakat Malaysia dan dalam usaha terkini untuk mengalihkan isu tersebut kepada UMNO untuk dipersalahkan.

Drama demi drama terus dimainkan oleh keluarga Anwar Ibrahim. Mereka tiada sebarang pantang. Apa-apa sahaja isu yang dilihat mampu memberikan keuntungan kepada mereka, itulah yang akan mereka lakukan. Justeru, tidak menghairankan, Nurul Izzah yang suatu ketika pernah menggesa agar orang Melayu dibenarkan MURTAD atas nama kebebasan beragama, kini sedang bermain kong-kali-kong tentang rumahtangga dan status dirinya.

Jangan terkejut sekiranya, permohonan fasakh ditarik balik tetapi selepas itu NURUL IZZAH MEMPUNYAI DUA ORANG 'SUAMI'!!!

Tiada ulasan: