21 Jan 2013

UNTUNG BADRUL AMIN DAPAT JADI RAKYAT MALAYSIA HASIL POLISI KERAJAAN MALAYSIA





UNTUNG BADRUL AMIN DAPAT JADI RAKYAT MALAYSIA HASIL POLISI KERAJAAN MALAYSIA...UNTUNG LAGI DENGAN TITLE USTAZ DIA DAPAT BANYAK BERBINI..LEPAS TU TENTANG KERAJAAN MALAYSIA. KALAU DI INDONESIA, APALAH NASIB BADRUL AMIN NI YA?

Nama : Badrulamin bin Bahron
No. Kad Pengenalan : 611204-71-5327
Tempat Lahir : Indonesia
No. Sijil Warganegara : 570294
Tarikh Menjadi Warganegara : 29 September 1978.

Nama : Bahron bin Haji Mohammad Tahir (bapa Badrulamin)
Kad Pengenalan : 330814-71-5139
Tempat Lahir : Indonesia
Tarikh Menjadi Warganegara : 13 Ogos 1973

Dr Badrulamin bin Bahron (‘Badrul Amin’) 611204-71-5327. adalah seorang ahli politik dan bekas pensyarah undang-undang Islam ( Islamic Law) di Universiti Malaya dan menjawat jawatan Profesor Madya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1984 – 1999). Beliau pernah menyertai pilihan raya 2004 dan 2008 bagi kerusi parlimen Sabak Bernam namun tewas kepada calon BN-UMNO dengan majoriti tipis.

Beliau dilahirkan di Indonesia dan berkahwin dengan isteri pertama Zumrah dan mereka mempunyai enam orang anak. Isteri keduanya seorang janda, Harlina Zainuddin 40 dan mereka berkahwin pada Oktober 2010 di dalam satu majlis ringkas di Ampang, Selangor.

Diawal meletusnya gerakan 'reformasi' di semenanjung, Rakyat Sabah turut terkejut kerana salah seorang pengerak utama gerakan itu adalah orang Sabah sendiri yang sudah lama menentap di Tawau, sabah. Beliau yang dinaksudkan ialah Dr.Badrul Amin Baharon. Setelah PRU 1999, personaliti politik Pakatan Rakyat yang berketurunan bugis dan dilahirkan di Indonesia ini tidak terus menentap di Sabah, sebaliknya mengambil keputusan untuk meneruskan politiknya di semenanjung. Dengan berbekalkan kelulusan tahap Phd, dan juga pengalamannya sebagai pensyarah di sebuah IPTA sebelum itu, Dr. Badrul Amin tidak banyak mencatat saat gemilang dalam politiknya, hanya pada tahun 2010 beliau dilantik sebagai pengarah penerangan pejabat Menteri Besar Selangor.
Sejarah kehidupan Dr Badrulamin bermula pada september 1978, apabila memperolehi taraf warganegara bernombor 570294. Ketika zaman pemerintahan Datuk Hariss Salleh

Badrul merupakan salah seorang daripada 25 pelajar Sabah yang dipilih untuk menyertai satu projek yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Sabah Dato Harris Salleh. Yayasan Sabah bertanggung jawab untuk menjayakan projek ini.

Projek yang dimaksudkan ialah untuk melahirkan Ilmuan Islam dari kalangan anak-anak Sabah untuk mengembang dan membangunkan syiar Islam dinegeri bawah bayu. Lalu Badrulamin bersama 24 pelajar yang lain diterbangkan ke Kuala Lumpur. Kesemua mereka ditempatkan di sekolah pondok di Tanjung Karang Selangor.

Daripada 25 orang itu Badrulamin adalah pelajar yang pintar dan menunjukkan prestasi yang cukup baik. Maka semakin cerahlah harapan kerajaan Harris Salleh untuk menjadikan Badrulamin sebagai ikon kepada rakyat Sabah. Jawatan Mufti sedia menanti untuk diisi oleh Badrulamin.

Kerajaan negeri berbelanja besar untuk kejayaan beliau, akhirnya Badrulamin berjaya melanjutkan pelajaran dan lulus BA dari Universiti Al-Azhar Mesir. sarjana di LLM Kent, UK dan mendapat Ph.D di Universiti Birmingham, United Kingdom.

Sekembalinya dari pengajian di luar negara beliau mula berkhidmat sebagai tenaga pengajar di UM buat seketika sebelum berpindah UIA dan di sinilah beliau terpengaruh dengan mazhab Anwar Ibrahim. Hampir kesemua tenaga pengajar di UIA dan pelajar-pelajarnya taksub dan menjadi penyokong kuat Anwar Ibrahim.

Anwar juga menjanjikan kedudukan yang tinggi kepada pensyarah-pensyarah UIA sekiranya berjaya melonjakkan Anwar menjadi Perdana Menteri. Dr Muhammad Noor Manuty pun telah dijanjikan tempat yang istimewa di Umno Larut. Muhammad Noor Manuty dijanjikan jawatan Ketua Bahagian Umno dan menjadi Ahli Parlimen Larut. Badrulamin sama seperti Mohd Noor Manuty, cumanya dia akan menjaga negeri Sabah di bawah bayu.

Sayang seribu kali sayang, harapan rakyat Sabah untuk melihat Badrulamin kembali ke Sabah setinggi Gunung Kinabalu tidak kesampaian, Badrulamin hanyut di Lembah Kelang dan dibuai mimpi indah serta diulit oleh Anwar Ibrahim.

Hutang Badrulamin kepada rakyat Sabah terlalu besar dan tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Allah maha kaya, kini Badrulamin menerima hukuman dunia dan tak mampu untuk menyorok atau menyembunyikan mukanya kepada khalayak.

Sedarlah wahai Badrulamin, masih ada ruang untuk anda bertaubat dan kembalilah ke negeri asalmu untuk menabur bakti kepada negeri yang telah banyak berjasa kepada kamu. Tinggalkan lah perjuangan dan fahaman atau mazhab yang kamu anuti sekarang.

Sedarlah, kembalilah ke tempat asalmu dan tebuslah dosa kamu kepada rakyat Sabah dan dengan kata lain tinggalkan fahaman atau mazhab Anwarinas

JOM TOLAK FITNAH PAKATAN HARAM DALAM KUBUR PADA PRU13 !!!! 

JTPH

Tiada ulasan: