30 Ogo 2013

Tanda Putera dedah kiatan dap dan komunis

  TANDA PUTERA DEDAH KAITAN DAP DENGAN KOMUNIS..




Parti rasis Dap terus menperjuangkan politik perkauman pula apabila enggan untuk menayangkan filem Tanda Putera di Pulau Pinang.

Kemelut baru ini adalah tambahan masalah baru yang dibawa kepada agenda nasional perpaduan kaum di negara ini di samping isu penyelewengan pemilihan Jawatankuasa Eksukutif Pusat parti itu.

Setiausaha Agung Dap merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi alasan filem mengandungi fakta-fakta yang tidak tepat mengenai peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Yang peliknya jika Dap yang suka menyaman mana-mana pihak yang cuba memcemarkan imej 'suci'nya akan diambil tindakan undang-undang melalui saman.

Ini telah dilakukan terhadap media arus perdana terutamanya akhbar Utusan Malaysia dan saluran televisyen TV3.

Dap mempertikai adegan kencing di tiang bendera oleh watak yang kononnya di katakan Lim Kit Siang yang masih muda ketika itu.

Kit Siang pula bermati-matian mengatakan beliau tidak terlibat langsung secara langsung dengan tragedi 13 Mei dengan memberi alasan berada di Sabah ketika Kuala Lumpur terbakar dengan rusuhan kaum.

Nah, jika benar seperti yang didakwa beliau, apa lagi silakanlah menyaman penerbit filem tersebut, Shuhaimi Baba!

Rakyat mahu tengok kejantanan Dap yang selama ini berselindung di sebalik undang-undang untuk menutup segala kepincangannya.


Hakikatnya, Dap tidak akan menyaman mana-mana pihak yang berkait dengan produksi Tanda Putera kerana apa yang dipaparkan adalah benar belaka.

Penerbit mahu mendedahkan sebenar mungkin fakta-fakta kejadian 13 Mei yang selama tersembunyi daripada pengetahuan rakyat.

Sebab itulah berusaha keras menentang penayangan filem itu supaya peranan sebenarnya sebagai dalang dalam tragedi yang meragut lebih 2,000 nyawa itu tidak diketahui umum.



Fakta yang menunjukkan bahawa Dap terbabit secara langsung untuk mengapi-api sentimen anti-Islam dan anti-Melayu bersama-sama elemen-elemen Parti Buruh dan Parti Sosialis Rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan.

Perarakan besar-besar yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Dap dan parti berhaluan kiri yang lain do kawasan-kawasan penduduk Melayu di Kampung Baru membuktikan mereka mempunyai agenda untuk mencetuskan sengketa kaum untuk mengalih alih pemerintahan negara ini daripada orang Melayu.

Laungan yang mengandungi maki hamun dan cacian terhadap orang Melayu dan anggota polis Melayu sudah cukup menjadi bukti bahawa Dap bukan sahaja mengadakan perarakan politik untuk meraikan kemenangan mereka di Selangor untuk mewujudkan suatu suatu ketegangan yang akhirnya akan menjurus seluruh negara ke dalam kancah peperangan.

Agenda Dap ialah untuk mengembalikan keadaan di mana anasir komunis Bintang Tiga melakukan kezaliman dan kekejaman terhadap orang Melayu setelah pihak tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu setelah kakah dalam Perang Dunia Kedua.

Ini adalah perancangan licik Dap supaya apabila keadaan huru hara berlaku, maka mudahlah anggota komunis mengangkat senjata untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Melayu.

Dap hanya bertindak sebagai 'political front' atau wajah politik bagi Parti Komunis Malaya.

Tragedi 13 Mei adalah bukti nyata apakah bentuk perancangan dan tindakan Dap di Malaysia sekiranya mereka berjaya merampas kuasa.

Jika baru berkuasa di Pulau Pinang, Dap sudah menunjukkan taring menjadi hero untuk menekan tayangan filem Tanda Putera, apa agaknya akan dilakukan jika berjaya merampas Putrajaya?

Dap tidak akan berjaya menjayakan agenda mereka tanpa mendapat sokongan dan kerjasama puak Melayu yang rela mengkhianati agama, bangsa dan negara mereka sendiri demi nikmat kuasa.

Pas dan PKR telah merelakan diri mereka di kuasai dan ditunggangi Dap seperti keldai kerana pemimpin-pemimpin mereka yang tamakkan kuasa.

Anwar Ibrahim umpamanya tidak segan silu untuk bersekongkol dengan Dap asalkan dia dapat merasai kerusi empuk perdana menteri.

Itu sajalah matlamatnya selama ia berpolitik iaitu untuk menjadi perdana menteri bukannya untuk membela nasib rakyat.

Kalau Anwar sudah menjadi talibarut Zionis-Yahudi antarabangsa untuk menghancurkan Islam dan Melayu apakah sangat menjadi talibarut Dap pula?

Filem Tanda Putera akan membuka mata rakyat khususnya orang Melayu tentang bahawa yang bakal mereka hadapi jika terus mempercayai Dap dan PKR manakala Pas hanya digunakan sebagai budak suruhan yang tidak berani menentang tuannya.

Dap perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana agenda parti itu tidak secocok dengan fahaman komunisme yang cuba diterapkan secara halus di dalam masyarakat negara ini.





28 Ogo 2013

PERJANJIAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ! Merdeka!

Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 8 Februari 1956 di Lancaster House, London. Perjanjian ini ditandatangani di antara YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Mr. Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Tanah jajahan British bagi pihak Kerajaan British. Mengikut perjanjian ini, kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu akan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Antara perkara-perkara lain yang tercatat dalam Perjanjian Kemerdekaan ini ialah perubahan berkaitan dengan Kementerian dan jabatan bagi Persekutuan Tanah Melayu serta pemansuhan jawatan Penasihat British.  Wakil dari Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang hadir sama pada upacara ini ialah Dato’ Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Encik T.H.Tan, Encik Abdul Kadir Shamsuddin, Kolonel H.S. Lee dan wakil-wakil daripada Raja-raja Melayu yang terdiri daripada Dato’ Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz (wakil Sultan Perak), Dato’ Nik Ahmad Kamil (wakil Sultan Kelantan), Dato’ Mohd. Seth Mohd. Said (wakil Sultan Johor) dan Encik Abdul Aziz Majid (wakil Sultan Selangor). Manakala perwakilan daripada Kerajaan British yang turut serta pada upacara ini ialah  Mr. John Hore, Menteri Negara; Mr. Donald MacGillivary, Pesuruhjaya Tinggi British bagi Persekutuan Tanah Melayu; Mr. David Watherston, Ketua Setiausaha Persekutuan Tanah Melayu dan Mr. Oscar Spencer, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Persekutuan Tanah Melayu.
YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu semasa di Majlis menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Mr. Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British di Lancaster House, London pada 8 Februari 1956.

KEPADA AHLI PAS Wajib Baca!






 pada penyokong PAS harap baca.

PAS ialah parti politik serpihan daripada UMNO. Apabila ketuanya Tuan Haji Ahmad Fuad selaku Pengerusi Biro Agama UMNO kalah dalam pertandingan melawan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj bagi merebut jawatan Yang Dipertua Agung (Presiden) UMNO pada 25 Ogos 1951, beliau keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti politik baru pada 16 September 1951, iaitu PAS. PAS mungkin terlupa sejarahnya sendiri. Siapa yang luluskan pendaftaran PAS?

PAS nama asalnya Pan Malayan Islamic Party ditubuhkan pada 23 Ogos 1951. Diizinkan penubuhannya oleh British dan tidak diharamkan penubuhannya seperti Hizbul Muslimin Gunung Semanggol. Orang yang meluluskan PAS adalah seorang pegawai British berbangsa India bernama Nadarajan.

Namun semuanya tidak kekal lama, Ahmad Fuad bersama beberapa orang ulama yang pada awalnya menubuhkan PAS kemudian masuk semula ke dalam UMNO. Kemudian kepimpinan PAS diteruskan oleh seorang doktor kerajaan British (baca di sini). Bukan Ahmad Fuad sahaja yang kembali selepas itu Asri juga masuk UMNO. Kepimpinan PAS sekarang akan menidakkan fakta sejarah PAS ini.

Mengapa dalam sejarah PAS tidak diceritakan kisah pengasas PAS sendiri? 

Pengkhianatan PAS terhadap Islam
Bahagian 1: 

PENYERTAAN PAS DALAM BN

PAS menyertai Barisan Nasional selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Pada tahun 1973 PAS bersama UMNO dan MCA dalam Kerajaan Campuran di Kelantan dan pada tahun 1974 ,PAS menyertai Barisan Nasional .

Semasa UMNO melancarkan Dasar Ekonomi Baru bagi merealisasikan agenda Melayu dalam pembangunan negara, PAS turut menyokongnya. Apabila PAS keluar daripada Barisan Nasional pada 1977, perjuangan membela bangsa Melayu sudah tidak relevan lagi untuk PAS.

Ini kerana perjuangan itu telah diisi sepenuhnya oleh UMNO.

SINGKIR ASRI KERANA KEPIMPINAN ULAMA

Pada tahun 1983 PAS menyingkirkan Tan Sri Asri Haji Muda daripada kepimpinannya, kemudian diganti oleh sekumpulan pemimpin baru yang terdiri daripada Haji Yusof Rawa, Fadzil Noor, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang dan lain-lain. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai kepimpinan ulama.

Dalam era tersebut PAS melabelkan perjuangan kebangsaan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO sebagai Asabiyah kerana Asabiyyah dilarang dalam Islam.

PEMALSUAN AKIDAH KERANA POLITIK

Apabila PAS menjadikan politik sebagai aqidah,menyebabkan berlakunya campur-aduk antara persoalan aqidah dan politik tanpa membezakan asal usul siasiyyah (prinsip politik) dengan qadaya siasiyyah(isu-isu politik).Bagi pemimpin dan ahli-ahli PAS yang tidak memiliki pengetahuan yang mantap mengenai politik dan aqidah Islam,menjadikan mereka golongan yang mengulangi penyelewengan Al Khawarij,(satu golongan yang mengkafirkan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka di akhir pemerintahan Khulafah Al Rasyidin).

MEMBINA PEMIKIRAN PELAMPAU TAKSUB

PAS mula membina pemikiran-pemikiran politik melampau dengan memulau dan mengkafirkan sesama Islam yang tidak sehaluan dengannya dan berbagai-bagai tindakan lagi dilakukan oleh PAS menyebabkan parti itu boleh dianggap sama dengan pemikiran kaum Al Khawarij sepanjang penglibatan kaum itu dalam politik.

BERTOPENG ISLAM & MEROSAKKAN AKIDAH

Dengan strategi bertopengkan imej perjuangan Islam, PAS gagal mengemukakan dasar-dasar perjuangan Islam yang sebenarnya baik di bidang ekonomi, politik , pemerintahan, sosial, pendidikan dan lain-lain.

Justeru itu,PAS hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu mengemukakan alternatif kepada dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh UMNO untuk memenuhi kehendak perjuangan Islam yang sebenarnya.

UMNO walaupun tanpa jenama Islam kepada apa yang telah dilaksanakan dalam pembangunan tetapi ternyata PAS tidak mampu menyainginya.

Kesan pendekatan melampau, taksub, fitnah dan membenci yang digunakan oleh PAS telah melahirkan banyak kerosakan dalam masyarakat Islam.

Ini termasuk sembahyang dua imam, kubur berasingan, bercerai suami isteri, pulau –memulau, tragedi berdarah Memali serta penderhakaan di Bukit Jenalek, Sauk.
PENYELEWENGAN AKIDAH

1. PAS ITU ISLAM , ISLAM ITU PAS

PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam,justeru itu menentang PAS adalah menentang Islam. Di dalam ceramah-ceramah PAS sering disamakan perjuangan PAS dengan perjuangan Nabi-Nabi, khasnya Nabi Muhammad s.a.w dan ayat-ayat Al Quran berkenaan dengan golongan yang mengikut nabi dipakai untuk orang-orang PAS.

UMNO dilabelkan sebagai penentang Islam ,penentang Nabi-Nabi kerana UMNO menentang PAS.

2. HARAM HARAM JADI MAINAN POLITIK PAS

Oleh kerana PAS kononnya berjuang menegakkan Islam dan UMNO mengikut kepercayaan PAS adalah penentang Islam,maka menyokong PAS adalah wajib dan menyokong UMNO adalah haram dan menyokong PAS membawa seseorang itu ke syurga dan menyokong UMNO membawa seseorang itu ke neraka.

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat PERNAH BERKATA,” Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam,ia adalah haram”.(Harakah ,23 April 1994)

3. SYURGA, NERAKA TARUHAN PAS

Ada lagi alasan lain bagi meguatkan kepercayaan orang ramai terhadap PAS iaitu “Mengundi PAS Masuk Syurga dan Mengundi UMNO Masuk Neraka” dan kerajaan yang diterajui oleh UMNO dikatakan sebagai zalim.

Kerana itu cenderung hati kepada UMNO pun akan membawa seseorang itu ke neraka.Apa lagi menyokong,mengundi dan menjadi ahli UMNO.

4. AJARAN KARUT DAN KHURAFAT PAS

Menyebarkan khurafat di kalangan ahli-ahlinya dan orang-orang awam untuk mengukuhkan keyakinan kepada PAS dan pemimpinnya,kononnya PAS mendapat restu dan pertolongan ALLAH .

Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kemenangan PAS di Kelantan pada tahhun 1990 adalah dengan pertolongan para malaikat. 

Kebetulan pohon durian pada tahun itu di Kelantan menghasilkan durian yang lebat.Orang PAS menyebarkan dakyah bahawa hasil durian yag lebat itu adalah berkat kemenagan PAS. Pada hal durian juga lebat di Kedah dan Perak,pada tahun yang sama.

5. KEPERCAYAAN SESAT

Mempercayai bahawa sesuatu tragedi yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh BN sebagai bala ALLAH yang menimpa penentang-penentang ALLAH s.w.t. Yang anehnya,mereka mendiamkan diri apabila banjir besar yang melanda negeri Kelantan yang memusnahkan tanaman dan harta benda

6. FATWA HADI DAN KAFIR MENGKAFIR

Di dalam Amanat Haji Hadi yang disebutnya di Banggol Peradong,Kuala Terengganu pada 7 April 1981,adalah jelas pemimpin PAS itu mengkafirkan UMNO dengan mengeluarkan kaedah Usuluddin yang bertentangan dengan pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau berkata: "Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku”.

Pada hal tidak semestinya orang yang berkata politik suku,agama suku itu menjadi kafir kerana perkataannya itu tertakluk kepada takwil. Maenurut kaedah Usuluddin, tidak boleh dihukum kafir ke atas seseorang selagi kata-katanya boleh di takwilkan sebagai tidak bermaksud kekufuran.

PENYELEWENGAN SYARIAT

1. HUKUM MENGIKUT RASA 

PAS tidak konsisten ,hukumnya berubah –ubah mengikt kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram.

Tiba-tiba pada bulan April 1999,PAS bekerjasama dengan parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999) . Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak negara Islam ( Berita Harian 12 Mei 1999).

Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu semasa berucap di kampong Gong Duek Besut,Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata ,” Orang munafik ialah orang yang mengambil kafir buat kawan baik…siapa adik kakak,ambil orang kafir buat kawan baik”.(Disambut beramai-ramai”UMNO”….Ha….UMNO…Apa hukum orang ni!.....(pendengar jawab”munafik”) dan disambung “Munafik”.

Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik,termasuk DAP dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.

2. PERPECAHAN UMMAH 

Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama (2 jumaah sekampung) kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah.

Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam,memutuskan silaturrahim dan putus hubungan kerabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.

3. MEROSAKKAN AMAL IBADAT

Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri,mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat,Marang, Terengganu.

Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah itu dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid.

Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain di mana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.

4. MENENTANG PELAKSANAAN PROGRAM ISLAM

Program-program Islam bagi melaksanakan institusi Islam di cemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam, Universiti Islam dan Institusi Islam yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang pelaksanaan program Islam.
Anehnya anatara pemimpin PAS itu,ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti lain-lain.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Abdul Hadi Awang menyifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang diusahakan oleh Kerajaan Pusat tidak memberi apa-apa ertipun kepada umat Islam di negara ini. “Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam”(Harakah -26 Januari 1983.

5 AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN

Didalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981(ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa setiap di kalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid,mati Islam kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan peraturan kafir dan perlembagaan penjajah.Pada hal, PAS juga menggunakan perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6(11).PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999)

6 PENYELEWENGAN ZAKAT

PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu.PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah,kerana PAS berjuang Fi Sabilillah.Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas.Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.

7 DERMA JIHAD YANG JAHAT

PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan,tetapi pengurusannya tidak telus.Amanah tidak terpelihara.Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang,tetapi lebih salah lagi dari segi syariat.Amanat Hadi menyebut “Derma kita adalah jihad”

8 PULAU MEMULAU

Pemulaun sembahyang jenazah,kenduri dan lain-lain yang dilakukan oeh orang-orang PAS terhadap orang-orang UMNO tanpa menghiraukan hukum hukum kejiranan dan persaudaraan Islam.Berlakunya penceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang.Tembila Besut, dan di Kampung Cik Long,Setiu).

9 PEMBOHONGAN PAS

PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam.Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam Cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.

10 BERGADUH SURUHAN ALLAH 

Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan.Hj Abd Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalah tafsirkan ayat 251,surah al –Baqarah dengan kata;
“Kalau Tuhan tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi”.Ucapan ini dibuat beliau di KampungBukit Kulim,Marang,Terengganu pada 24 September 1980(Ada rakaman kaset).

11 MEMPERSENDA HUKUM HUDUD ALLAH

PAS telah mempersendakan hudud ALLAH .Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu,beliau berkata”Pelaksanaan hukum hudud melalui proses panjang”.Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993,dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 1993.Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunapakai hudud PAS Kelantan,sedangkan larangan terhadap qariah menertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Haji Hadi juga berkata: “Hudud adalah satu aspek daripada 0.001 daripada hukum Islam”Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang di besarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000(Utusan Malaysia 7 Mac 2000)

Apa yang menghairankan penggubalan hudud Kelantan dahulu dipengerusikan oleh Haji Hadi sendiri.

12 PAS HINA WANITA

PAS menghina kedudukan wanita dengan mendolak-dalikkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja.Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al Quran,sebaliknya suara-suara muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara.Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al Quran dengan nyanyian.

“Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja.Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menampung kehidupan keluarga”,kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.

Pada 20 Julai 1999,Nik Aziz berkata cadangan kerajaan negeri untuk memberi pekerjaan kepada wanita”kurang rupawan”kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya.Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.

PENYELEWENGAN AKHLAK

1. DUSTA PERMAINAN PAS

PAS banyak melakukan dusta,menyeleweng fakta dan melemparkan tuduhan-tuduhan palsu terhadap UMNO serta memberikan maklumat yang salah mengenai kerajaan dan agama kepada para pengikutnya.

‘PAS memperjuangkan Islam dan UMNO tak mahu memperjuangkan Islam.PAS Hizbullah dan UMNO Hizbus Syaitan.Orang Islam pilih hizbus syaitan,tidak pilih hizbullah”.(Ucapan bekas Ketua Pemuda PAS Pusat Abu Bakar Chik di Batu Rakit Darat, Kuala Terengganu pada 13 November 1983.

2. MAKI HAMUN AMALAN PAS

Pemimpin dan propagandis PAS sering mengeluarkan perkataan-perkataan menghina terhadap saudara muslimnya daripada UMNO,kata-kata kesat dan maki hamun

Pernah Presiden PAS menghina keluarga Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri dengan berkata” Badawi di negara Arab menjaga unta,tapi Badawi di Malaysia menjaga babi”.

Maki hamun, mencela dan menghina adalah lumrah dalam ucapan para pemimpin PAS.

3. FITNAH MEMFITNAH AGENDA PAS

PAS sering membuat fitnah dan mencipta berbagai pembohongan untuk memburukkan pemimpin UMNO.Antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wukuf di Arafah ketika beliau mengerjakan haji pada 1998.

PAS juga menyebarkan berita bohong kononnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jatuh kuda di Argentina dan mati.

Sebenarnya apa yang disebut itu adalah fitnah semata-mata.

4. ALLAH DIPERMAIN OLEH PEMIMPIN PAS

Nik Aziz sanggup menghina ALLAH dengan mengatakan bahawa Tuhan juga mencarut. Ia dibuat semata-mata kerana hendak membela seorang ahli PAS seumur hidup yang menulis buku bernama “Shit”.

Nik Aziz juga sanggup menghukum boleh berkawan dengan syaitan,sedangkan syaitan adalah seteru ALLAH dan seteru orang yang beriman.

Dia juga telah menyokong doa butakan mata rakyat yang hendak mengundi Barisan Nasional dan memohon malapetaka ke atas ahli-ahli UMNO.

“Novel Shit karya Shahnon Ahmad adalah sumbangan besar kepada rakyat. Melalui novel tersebut rakyat di beri gambaran perkembagan politik negara yang amat buruk dan memerlukan perubahan segera”, demikian kata bekas Presiden PAS Dato’ Fadzil Noor pada 24 April 1999 di Alor Setar ,Kedah.

Nik Aziz pula berkata:“Ajaran Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempat. Novel Shit karya Shahnon Ahmad yang menggunakan perkataan mencarut dan lucah itu tidak bercanggah dengan Islam,” kata Nik Aziz di Kota Bharu ,Kelantan. Pada 27 Mei 1999.

Sambil itu Nik Aziz meminta ahli-ahli PAS mengamalkan satu doa bagi “ membutakan mata” pengundi –pengundi hantu dalam pilihan raya nanti.

Doa itu berbunyi: "Ya ALLAH ,aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS”.

Doa tersebut dibaca sambil diikuti oleh kira-kira 3,000 penyokongnya pada satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

Kenapa Kita Menentang PAS?

1. Kita menentang PAS menyedari tindakan keterlaluan pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut PAS sebagai penyelewengan akidah,syariah dan akahlak, penyebar-penyebar fitnah, pengumpat, pencaci, pencarut, perosak perpaduan ummah dan pengkhianatan masa depan orang Melayu.

Selagi PAS menjadi juara tersebut,kita wajib berjihad menentang mereka.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang melihat kemungkaran,maka hendaklah ditegah menggunakan tangan,kalau tidak mampu menggunakan lidah,kalau tidak mampu menggunakan hati dan itulah selemah-lemah iman’.
(Hadis Riwayat Muslim).

2. Kita terpaksa menentang PAS kerana PAS boleh melemahkan dan menghilangkan kuasa politik orang Melayu dan Islam .

Apabila PAS sanggup menggadaikan Islam dan bekerjasama dengan DAP dan seterusnya menerima tuntutan 17 perkara yang di kemukakan oleh persatuan Cina serta menolak Hak Keistimewaan Orang Melayu, sanggup bertangguh-tangguh melaksanakan Hudud kerana DAP serta menggugurkan perjuangan menegakkan Negara Islam, PAS bukan lagi Parti Islam seperti yang mereka dakwa!

3. Kerana itu, perjuangan menentang PAS adalah JIHAD demi mengembalikan ajaran Islam yang sebenarnya! Selain itu ia juga untuk mempertahankan kuasa politik pemerintahan di tangan umat Islam Malaysia. 

Terhapus kuasa politik orang Islam, hilanglah segala perjuangan Agama,Bangsa dan Negara kita!!!



MALAYSIAKU BERDAULAT!
TANAH TUMPAH DARAHKU!

27 Ogo 2013

Surat Dr Mahathir masa Tunku lemah hadapi CInabeng biadap

Surat Dr Mahathir masa Tunku lemah hadapi CInabeng biadap

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu.

Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "na├»ve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces".

Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu.

Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)

26 Ogo 2013

GEMPAR Anak Melayu Penyokong Pembangkang MAKAN BABI ?!!

PENYOKONG MELAYU PEMBANGKANG SUDAH ROSAK AKIDAHNYA! INI LAH YANG PAKATAN HARAM MAHUKAN ??


Mungkin bagi mereka ianya adalah perkara biasa tetapi bagi kita ianya amat menjijikkan malah menyimpang dari pegangan agama Islam itu sendiri.Apakah anak-anak muda yang celupar ini masih Islam atau hanya mengaku Islam ?

Gambar di atas merupakan salah satu daripada gambar yang di muatnaik oleh seorang pemegang akaun facebook bernama Komrad Haizal.Melihat kepada komen yang dinyatakan jelas mereka sedang mempermain-mainkan agama Islam itu sendiri.



Apakah motif anak muda ini mengeluarkan kenyataan dan gambar tersebut ? Jawapanya mudah , anak-anak muda ini hanyut dan rosak kerana nilai politik yang di terapkan kepada mereka jauh menyimpang dari apa yang sepatutnya.

JTPH rasa soal hukum halal haram sudah tidak lagi menjadi perkara utama kepada anak-anak muda ini dan mereka juga adalah sebahagian daripada macai-macai yang membantu kempen-kempen serta demontrasi jalananan yang dianjurkan oleh pihak pembangkang atau mereka yang pro kepada pembangkang.

Selain dari itu mereka juga turut menjadi ancaman kepada kestabilan negara apabila gerakan dan aktiviti yang dijalankan lebih kepada mengagungkan perjuangan KOMUNIS !!

Rasanya gambar di bawah boleh memberikan sedikit pencerahan kepada anda ..



 Apa yang JTPH boleh katakan BAHAYA ! dan pihak berkuasa perlu segera memantau dan ambil tindakan yang bersesuaian.

Rasanya tak perlu JTPH ulas panjang lebar , ampa semua boleh melihat sendiri di akaun facebook Komrad Haizal



Lihatlah bendera apa yang di pegangnya ...Sory JTPH tak kasi link , kalau ampa nak buat lawatan sambil belajar cari sendiri di akaun facebook masing-masing. 

JTPH