11 Jun 2013

Kit Siang Risau Tanda Putera Dibenarkan Tayangan






Kit Siang dan Dap pastinya akan lebih gelabah apabila filem yang penuh sejarah semasa 13 Mei dan menimbulkan kemarahan Kit Siang, akhirnya akan ditayangkan.

Umum tahu siapakah pencetus peristiwa 13 Mei dimana bapak Guan Eng adalah salah seorang yang paling hebat menghina Melayu waktu. Dan kini melalui filem tersebut akan didedahkan betapa buruknya sikap orang Cina yang anti Melayu.

Oleh kerana Kit Siang ada terlibat sama semasa 13 Mei, jadi beliau takut dan bimbang penayangan filem tersebut akan mengaibkannya dan memperlihatkan siapakha Kit Siang yang sebenar.

Beliau yang selama ini berbaik dengan Melayu hanyalah ingin menutup segala kesalahannya yang terang-terangan menentang Melayu dengan melabelkan orang Melayu sebagai bangsa yang tidak berguna.

“Saya benar-benar lega dengan pengumuman bahawa filem ini akhirnya akan ditayangkan kerana saya hampir berputus asa.”

Inilah kata-kata yang diujarkan oleh pengarah filem kontroversi Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba, sejurus selepas menerima berita tentang penayangan filem itu.

Shuhaimi berkata, artis-artis yang berlakon di dalam filem it terus menyerbu tempat kerjanya selepas berita itu diumumkan.

“"Adakah ia benar? Adakah ia benar? Ini sahaja satu-satunya soalan yang mereka tanya. Ini adalah satu berita yang baik. Kami semua amat lega bahawa filem ini akhirnya akan dapat ditontoni semua orang,” kata beliau kepada Astro AWANI.

Shuhaimi yang gembira dengan keputusan itu, menyifatkan perjalanan yang membawa kepada penayangan filemnya itu sebagai suatu mimpi ngeri.

“Kami telah menulis kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) berkali-kali mengenai butir-butir penayangan Tanda Putera.

“Malah, sekumpulan penulis blog telah betanya kepada kami jika kami boleh menayangkan filem itu selepas Pilihan Raya Umum ke 13. Kami tidak keberatan untuk berbuat demikian.

“Kami telah menulis kepada Finas and sedang menunggu balasan mereka. Tapi, selepas pengumuman ini, saya rasa ia tidak perlu lagi,” katanya lagi.

Semasa ditanya jika pasukan Tanda Putera akan meraikan pengumuman ini, Shuhaimi berkata mereka tidak akan berbuat demikian pada ketika ini.

“Kami akan tunggu surat rasmi mengenai pengumuman ini dari Finas sebelum tindakan susulan,” katanya.

Pagi ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kelulusan tayangan sudah dikeluarkan Finas dan beliau, kalau boleh mahu file mini ditayangkan awal sedikit.

Filem Tanda Putera memaparkan perjuangan Perdana Menteri kedua,  Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman membangunkan negara.

Filem diadaptasi kisah selepas tragedi 13 Mei 1969 itu dijadual tayangan pada 13 September, tetapi ditangguhkan ke 15 November tahun lepas.

Tiada ulasan: