30 Dis 2012

"5 TERAS RUKUN NEGARA YANG TIADA DIDALAM PEMBANGKANG"


ADAKAH PAKATAN PEMBANGKANG BETUL-BETUL MEGHAYATI RUKUN NEGARA ??


"MAKA KAMI,
Rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas
prinsip-prinsip yang beikut" :-

* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

* KELUHURAN PERLEMBAGAAN

* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

* KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Semua "Warganegara Malaysia" tahu akan "Rukun Negara" yang telah diajarkan oleh Guru-guru sejak kita dari bangku sekolah lagi, iaitu sejak Dari Tahun 1 (umur 7 tahun).

Akan tetapi, pihak PAKATAN PEMBANGKANG sejak kebelakangan ini terlalu ghairah dan berani "melanggar arus" untuk menidakkan "Rukun Negara" yang mereka pelajari selama ini demi mahukan "populariti". 

Marilah kita singkap kembali 5 Teras Rukun Negara yang perlu ada pada setiap Warganegara Malaysia tidak kira kaum :-

"KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN"


PAKATAN PEMBANGKANG seperti tidak takut akan Tuhan, seperti Tuhan itu tiada dalam kamus hidup mereka. Sebagai contoh, mereka sanggup mengada-adakab berita-berita bohong dan fitnah demi mencapai matlamat mereka untuk memenangi sokongan rakyat.

Mereka sanggup berbohong dan memfitnah Pemimpin-pemimpin BN mengenai isu-isu tertentu (tidak payah lah penulis merungkai satu persatu) seperti tidak takut akan "Tuhan" dan "dosa" yang akan mereka perolehi hasil dari perbuatan "dusta" mereka.


"KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA"


Mari kita singkap sejenak kejadian semasa "Mesyuarat Dewan Undangan negeri Perak Darul Ridzuan" dimana Raja Nazrin Shah terpaksa menunggu selama dua (2) jam untuk merasmikan mesyuarat Dewan Undangan Negeri semata-mata Menteri Besar "sekejap" iaitu YB Nizar Jamaluddin bertelagah dengan Tuan Speaker Dewan.


"KELUHURAN PERLEMBAGAAN"


Semua rakyat tahu akan "agenda utama" PAKATAN PEMBANGKANG jika mereka menang di PRU akan datang. Mereka akan tukar semua "Perlembangaan" dan dasar-dasar Negara yang dibuat sejak merdeka.

Sebagai contoh, mereka mahukan Negara ini di iktiraf sebagai bukan "Negara Islam".


"KEDAULATAN UNDANG-UNDANG"


PAKATAN PEMBANGKANG lebih mempercayai pada "Rules Of The Jungle" daripada 
"Mendaulatkan Undang-undang Negara" !!


Rusuhan jalanan di perkenalkan oleh PAKATAN PEMBANGKANG kepada rakyat jika tidak suka akan  Kerajaan melalui "platform hak-hak asasi manusia" kononnya...... 

Bermacam-macam tuduhan juga yang mereka lemparkan kepada Kerajaan, Institusi Kehakiman dan Undang-undang Negara.


"KESOPANAN DAN KESUSILAAN"


Kebelakangan ini, PAKATAN PEMBANGKANG lansung tiada sopan sebab berani menyentuh isu-isu tertentu, sebagai contoh isu Institusi Beraja, isu penggunaan kalimah Allah, isu Kafir dan bermacam-macam lagi.


"ULASAN M16"

"PAKATAN PEMBANGKANG harus sedar yang mereka
perlu di "sekolah" kan kembali
disebabkan "5 Teras Rukun Negara" itu lansung
tidak ada didalam diri mereka" ..... 

PULANGLAH KE PANGKAL JALAN WAHAI PEMBANGKANG OIII ... !!! 

JANGAN MELAWAN ARUS ... NANTI KARAM !!!

Tiada ulasan: