20 Dis 2012

KANTOI !!! VIDEO PENUH !!! AHLI PARLIMEN PAS KATA ANWAR IBRAHIM TAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI !!!


 




Ahli Parlimen Padang Serai,N Gobalakrishnan mendedahkan Mohd Abdul Wahid Endut,Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu pernah berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai masalah moral.Difahamkan Abdul Wahid berkata demikian ketika bercakap di parlimen.

 “Ini jelas apa yang diperkatakan oleh Abdul Wahid Endut,Pesuruhjaya PAS Terengganu bahawa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri sebab Anwar ada isu moral.Apakah maksud itu ??? Seharusnya Anwar datang ke parlimen dan mengatakan bahawa ‘saya bukan seorang yang tidak bermoral’.Tetapi dia (Anwar) tidak membuat (penafian) perkara itu.Malah mendiamkan diri.Ahli-ahli parlimen yang bersama beliau (Anwar) dari parti Keadilan tidak seorang pun menafikan atau mengatakan bahawa Abdul Wahid Endut harus minta maaf kepada Anwar Ibrahim.Ini satu tuduhan yang begitu serius,” dedah Gobala.

Menurutnya sebab itu dalam Muktamar PAS baru-baru ini parti itu mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri dan mengenepikan Anwar Ibrahim. “Ahli-ahli PAS mereka tahu bahawa pimpinan PKR khususnya,Anwar Ibrahim tidak boleh dipercayai dan itu adalah asas mereka mengemukakan presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri.Saya tahu, mereka tidak akan tarik balik pencalonan presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat.Hari ini,mereka semua (PAS) tahu tembelang pemimpin-pemimpin PKR ini,”katanya lagi.

LIHAT VIDEO PENUH DI BAWAH


RENUNG-RENUNGKAN

Tiada ulasan: