10 Dis 2012

Ceramah PR kecoh kerana penduduk tolak Anwar



Post Pic

KUALA LUMPUR: Ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam Selasa di Gombak yang mengalami kekecohan antara penyokong pembangkang dan penyokong Umno, kerana bantahan penduduk setempat yang menolak Anwar.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, kehadiran Anwar untuk berceramah di kawasan berhadapan bilik gerakan Pemuda bahagian itu menyebabkan penduduk setempat serta ahli Umno bangkit menyatakan bantahan secara aman. 

"Kami tidak bersetuju Anwar mengadakan ceramah betul-betul di hadapan bilik gerakan untuk peti undi Gombak Utara memandangkan taklimat pilihan raya sedang diadakan selain kawasan itu agak sempit untuk mereka menganjurkan ceramah.

"Kami nyatakan bantahan secara aman di tempat kami, bukan tempat mereka, provokasi dilakukan pembangkang sehingga mereka melempar pelbagai objek ke arah kami seperti batu, tong air, dan periuk yang mereka gunakan untuk berniaga sehingga mencederakan ahli Pemuda Umno," katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia.

Keadaan itu juga, katanya, menyebabkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berasa tertekan manakala para penyokong pembangkang yang hadir pula berang.

Menceritakan peristiwa tersebut, katanya, Pergerakan Pemuda Umno bahagian itu pada malam tadi juga secara kebetulan mengadakan program taklimat jentera pilihan raya diketuai beliau sendiri di bilik gerakan tersebut yang terletak di seberang jalan lokasi ceramah Anwar.

Tiada ulasan: