28 Dis 2012

Hasil Amanat Hadi Awang





Inilah antara hasil kejayaan yang terbesar pernah dikecapi oleh manusia yang bernama Hadi Awang sebagai pemimpin PAS, memecahbelahkan umat Islam dengan menggunakan agama sebagai senjata politik bagi menyesatkan sebahagian besar puak-puak PAS terutamanya yang taksub pada ajaran Hadi Awang.

Selepas AMANAT keramat Hadi Awang diucapkan pada 7 April 1981, berlakulah pelbagai tragedi yang yang memecahbelahkan umat Islam di Malaysia. Bermula di Terengganu, sembahyang Tarawih dua imam dan solat Jumaat secara bergilir dalam satu masjid di Kampung Gong Pasir, Besut. Perkara ini berlarutan ke 28 Masjid yang berlainan di seluruh Malaysia sehingga November 1999.

Bukan itu sahaja...Kesan AMANAT keramat Hadi Awang ini juga telah menyebabkan seorang anak sanggup DERHAKA pada ayahnya sehingga berlakunya kafir menkafirkan diantara anak beranak kerana berlainan pendirian politik. Inilah realiti apa yang berlaku setelah amanat tersebut dikeluarkan. Umat islam berpecah belah disebabkan fatwa dan penyelewengan akidah yang dilakukan PAS.

Kesan daripada AMANAT keramat Hadi Awang juga, sehingga ke hari ini perebutan untuk menguasai masjid dan surau masih berlaku di seluruh Malaysia. Orang Islam semakin berpecah belah kerana membezakan agama mengikut fahaman politik sedangkan Allah ada berfirman " Berpeganglah kamu dengan tali Allah (agama) dan janganlah kamu bercerai berai". Oleh itu umat Islam hari ini perlu sedar, siapakah sebenarnya angkara yang membawa umat Islam di Malaysia hari ini berpecah belah? 

Fikirlah fikirkan...

Tiada ulasan: