2 Dis 2012

Ahad, 2 Disember 2012


KEGAGALAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012

Kejayaan Perhimpunan Agung UMNO 2012 memang tidak dapat disangkal lagi dengan kehadiran ribuan ahli yang menyokong parti.

Namun apa yang dikesali pada kali ini ialah tempat untuk makan bagi semua hadirin yang membanjiri PWTC sejak dari hari pertama himpunan.
JTPH ada mendengar rungutan dari hadirin yang menyatakan bahawa kawasan untuk menjamu selera amat kurang dan Sangkakala tidak nafikan perkara ini.

Seperti sebelum tahun 2010 yang lalu, banyak gerai makanan di sediakan di sekitar PWTC dan ianya memudahkan orang ramai untuk menjamu selera.
JTPH rasa kasihan juga pada makcik makcik dan pakcik pakcik yang dilihat sudah uzur terpaksa memanjat jejantas pejalan kaki untuk ke The Mall bagi mencari makanan.

Mana tidaknya, harga yang dikenakan oleh pihak yang menyediakan jualan makanan di PWTC juga adalah agak mahal, jadi kemampuan itu mungkin sedikit terbatas.

Kita semua tahu bahawa kerajaan telah melancarkan Menu Rakyat 1Malaysia yang mana harga makanan adalah amat berpatutan, tapi apa yang mengecewakan disini ialah, tidak ada satu pun kedai yang menghidangkan Menu Rakyat 1Malaysia ini. Ini juga menampakkan kegagalan Perhimpunan dalam mempromosikan kedai Menu Rakyat 1Malaysia.

Bukankah lebih baik jika ianya dibuka di sekitar PWTC untuk semua ahli yang hadir menikmati makanan tersebut dan seterusnya mengurangkan penguasaan perniagaan.
JTPH harap dimasa akan datang khususnya PAU2013 kita dapat mengenengahkan Menu Rakyat 1Malaysia ini kepada ahli ahli yang datang ke PWTC, dan kita juga perlu ingat bahawa ada juga dikalangan pihak dari parti lawan yang datang untuk meninjau ninjau keadaan PAU di PWTC, mereka ini juga secara tidak langsung akan merasai nikmat makanan Menu Rakyat 1Malaysia.


Tiada ulasan: