30 Dis 2012

"5 TERAS RUKUN NEGARA YANG TIADA DIDALAM PEMBANGKANG"


ADAKAH PAKATAN PEMBANGKANG BETUL-BETUL MEGHAYATI RUKUN NEGARA ??


"MAKA KAMI,
Rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas
prinsip-prinsip yang beikut" :-

* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

* KELUHURAN PERLEMBAGAAN

* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

* KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Semua "Warganegara Malaysia" tahu akan "Rukun Negara" yang telah diajarkan oleh Guru-guru sejak kita dari bangku sekolah lagi, iaitu sejak Dari Tahun 1 (umur 7 tahun).

Akan tetapi, pihak PAKATAN PEMBANGKANG sejak kebelakangan ini terlalu ghairah dan berani "melanggar arus" untuk menidakkan "Rukun Negara" yang mereka pelajari selama ini demi mahukan "populariti". 

Marilah kita singkap kembali 5 Teras Rukun Negara yang perlu ada pada setiap Warganegara Malaysia tidak kira kaum :-

"KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN"


PAKATAN PEMBANGKANG seperti tidak takut akan Tuhan, seperti Tuhan itu tiada dalam kamus hidup mereka. Sebagai contoh, mereka sanggup mengada-adakab berita-berita bohong dan fitnah demi mencapai matlamat mereka untuk memenangi sokongan rakyat.

Mereka sanggup berbohong dan memfitnah Pemimpin-pemimpin BN mengenai isu-isu tertentu (tidak payah lah penulis merungkai satu persatu) seperti tidak takut akan "Tuhan" dan "dosa" yang akan mereka perolehi hasil dari perbuatan "dusta" mereka.


"KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA"


Mari kita singkap sejenak kejadian semasa "Mesyuarat Dewan Undangan negeri Perak Darul Ridzuan" dimana Raja Nazrin Shah terpaksa menunggu selama dua (2) jam untuk merasmikan mesyuarat Dewan Undangan Negeri semata-mata Menteri Besar "sekejap" iaitu YB Nizar Jamaluddin bertelagah dengan Tuan Speaker Dewan.


"KELUHURAN PERLEMBAGAAN"


Semua rakyat tahu akan "agenda utama" PAKATAN PEMBANGKANG jika mereka menang di PRU akan datang. Mereka akan tukar semua "Perlembangaan" dan dasar-dasar Negara yang dibuat sejak merdeka.

Sebagai contoh, mereka mahukan Negara ini di iktiraf sebagai bukan "Negara Islam".


"KEDAULATAN UNDANG-UNDANG"


PAKATAN PEMBANGKANG lebih mempercayai pada "Rules Of The Jungle" daripada 
"Mendaulatkan Undang-undang Negara" !!


Rusuhan jalanan di perkenalkan oleh PAKATAN PEMBANGKANG kepada rakyat jika tidak suka akan  Kerajaan melalui "platform hak-hak asasi manusia" kononnya...... 

Bermacam-macam tuduhan juga yang mereka lemparkan kepada Kerajaan, Institusi Kehakiman dan Undang-undang Negara.


"KESOPANAN DAN KESUSILAAN"


Kebelakangan ini, PAKATAN PEMBANGKANG lansung tiada sopan sebab berani menyentuh isu-isu tertentu, sebagai contoh isu Institusi Beraja, isu penggunaan kalimah Allah, isu Kafir dan bermacam-macam lagi.


"ULASAN M16"

"PAKATAN PEMBANGKANG harus sedar yang mereka
perlu di "sekolah" kan kembali
disebabkan "5 Teras Rukun Negara" itu lansung
tidak ada didalam diri mereka" ..... 

PULANGLAH KE PANGKAL JALAN WAHAI PEMBANGKANG OIII ... !!! 

JANGAN MELAWAN ARUS ... NANTI KARAM !!!

Mesti Baca! Kenapa Kami tinggalkan PAS - Terbaru Luahan Sebenar Dari Bekas Seorang Ekstrimis PAS


AS;HARAP PARA PEMBACA DAPAT BACA SAMPAI HABIS UNTUK KITA RENUNGI DAN KAJI MENGAPA KITA HARUS MENOLAK PERJUANGAN SEMPIT PAS!

KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS

Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.

Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun. Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.


Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai
perlembagaanya.

Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu Adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami utk bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu2 kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan2 kami lain yg mengalami kejutan budaya. Kami redha menerimanya sebgai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut! Kerana apa yg kami sangka Islam yang adil,cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yg zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.

Panel2 yg datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang2 orangnya seperti Arwah Ustz Fadhil Noor (Bekas Presiden PAS), Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustz Siddiq Noor, Ustz Azizan (MB Kedah skrg), Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi. Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara2 yg salah! Mana2 ibubapa yg melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah. Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya 1 jam tidur sehari saja), dilarang mandi selama 1 minggu, diberikan makanan- makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu).

Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan utk menyokong PAS dan jika tiba masanya utk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yg penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS). Ketaatan yg paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibubapa sekalipun. Malah kami masih ingat dgn jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, "Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan2 semua bersama dengan kami?" Kami yg sedang mabuk dgn candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata!

Kami ditawan serta di brain wash utk menjadi tentera2 militan PAS. Kami diajar utk wala' (taat tidak terhingga) kepada pemimpin PAS, hatta kalau ada exam hari ini dan diarahkan utk pergi berdemonstrasi oleh Amir Kampus (Presiden PMIUM/Pengerusi Jemaah Islam Kampus JIK), maka kami wajib menurut. Pada akhir sessi Tamrin tersebut, kami dipaksa berbaiah kepada pemimpin PAS dengan bersaksikan Allah, Rasul, Malaikat dan Alam Semesta dan bersumpah bahawa laknat Allah akan menimpa kami jika kami keluar dari ketaatan kpd jemaah iaitu PAS! Dalam keadaan tertawan, ramai antara kami yg terpaksa berbaiah dan akhirnya terikat dgn perjanjian bathil ini.

Semasa dalam Tamrin ini lagi, Nashrul dan saya mula tertanya2...Islam yg kami kenal adil tetapi yg kami jumpa di sini zalim. Islam itu tidak menindas, tapi kami ditindas. Islam itu agama yg aman, tetapi kami disiapkan utk menjadi militan. Kesemua ini berlaku dgn izin serta pengetahuan jelas dan sedar para pemimpin PAS! Walaupun begitu, kami tetap kekal bersama dgn PAS kerana menyangkakan inilah jemaah terbaik yg sedia ada di Malaysia. Takkan nak sokong UMNO yg takde Quran dan Sunnah dalam perlembagaanya... kami memujuk diri sendiri. Namun demikian kami jelas bahawa buat masa ini, inilah jemaah Islam terbaik. Jika ada yg lebih baik dari PAS, maka kami akan menyertainya.

Rentetan dari itu, menjadilah kami aktivis PAS di kampus. Study kami entah ke mana...kerana kami sentiasa dikerah utk melakukan gerak kerja PAS di kampus mahupun di luar kampus.Demonstrsi menjadi mainan buat kami. Mesyuarat jemaah hampir setiap malam. Ramai antara sahabat2 kami yg berbaiah gugur dan tidak graduate kerana diajar utk meletakkan aulawiyat (keutamaan) pada jemaah lebih dari pelajaran. Saya dan Nashrul bertambah tidak puas hati. Kami melakukan islah (pembaikan) dari dalam utk meyedarkan jemaah (PMIUM) tentang bahaya pelajaran kami yg terabai dek ditarbiyah dgn salah oleh PAS.

Tetapi kami masih taat kpd PAS demi Islam. Islam kah mereka ini yg mengorbankan anak2 para petani, nelayan, peneroka serta ibu bapa dari kampung yg menghantar anak mereka utk mendapat segulung ijazah, tetapi akhirnya hanya pulang ke kampung semula sebagai seorang penganggur yg berkelulusan terakhir SPM? Sedangkan Rasulullah tidak mengajar begitu. Konsep Jihad diselewengkan sebegitu jijik sekali oleh PAS.

Di kampus juga kami melihat dengan jelas betapa orang2 agama begitu korup sekali. Gerai-gerai Ekspo Konvokesyen yg strategik di sapu mereka seluas2 nya untuk persatuan mereka serta persatuan-persatuan proksi PAS.Tender air batu, tong gas dimonopoli sepenuhnya oleh orang-orang yg memperjuangkan Islam ini. Malah banyak kes siswi2 yang cantik semuanya disapu oleh pimpinan kampus yg rata2nya adalah pelajar Akademi Islam. Ada kes abang senior kami yang keluar dari jemaah kerana tunangnya meninggalkan dirinya setelah dilamar oleh seorang pemimpin Jemaah Islam Kampus! Banyak lagi penyelewengan mereka yg saya tak terkata di sini. Namun ia tetap tidak menyebabkan kami keluar dari ketaatan kpd PAS.

Ramai di antara kami yang terbeban dengan gerak kerja jemaah sehingga pelajaran kami terabai termasuk diri saya yang mengulang satu tahun di Fakulti Perubatan. Ramai juga sahabat kami yang gugur tidak graduate atau jika graduate sekalipun dengan kelulusan cukup-cukup makan.Pada ketika itu saya mula menyalahkan PAS dan mendesak Nashrul sebagai sahabat baik saya 'reconsider' kedudukan kami dalam PAS. Nashrul tetap menyuruh saya kekal taat kpd jemaah. Diketika kami pelajar aliran sains gagal, pelajar aliran sastera dan Akademi Islam semua lulus dgn 1st class honours walaupun tak study kerana sistem pelajaran mereka yg lebih fleksibel dan mudah. Saya kekal menyokong PAS bersama dgn Nashrul tetapi kami sentiasa jelas, jika ada jemaah lain yg lebih baik dan syumul berbanding PAS, maka kami akan menyertainya.

Kami tetap membuat usrah tetapi naqib-naqib kami dari aliran Akademi Islam tidak faham masalah kami pelajar aliran sains. Akhirnya kami mengambil Professor Dr Mohd Zaki Abdul Muin (Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM) utk menjadi naqib kami. Asalnya usrah ini utk pelajar kejuruteraan tetapi saya dibawa Nashrul ikut sekali. Prof Zaki adalah merupakan seorang aktivis PAS yg cukup ikhlas di dalam berjuang. Beliau seorang yang teguh berpegang kepada prinsip Islam. Orangnya bersih dari riba’ dan korupsi. Rumah dan keretanya dibeli dengan cash tanpa loan dari mana2 bank. Orangnya cukup sederhana dan warak dan menjadi contoh kepada kami agar menjadi seorang Muslim yang berjaya.

Disebabkan kemenangan PAS merampas terengganu, dan mengekalkan kekuasaan di Kelantan pada pilihanraya 1999, dia diminta oleh PAS utk jadi Pengarah (CEO) Terengganu Advance Technical Institute (TATI), di sana beliau cuba bawa PAS yg ideal, tak korup, cuba jadikan TATI modul pembelajaran teknologi terbaik. Beliau melantik seorang bekas Pegawai Tinggi BPR (kini SPRM) sebagai Pengurus Besarnya untuk mengatasi serta menghindari masalah korupsi. Sayangnya, disangka panas sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Ada perselisihan di antara Prof dgn Harun Taib ketua Dewan Ulamak PAS dan merangkap exco pendidikan negeri.

Wang ehsan utk TATI, Prof Zaki enggan beri kepada kerajaan Terengganu sebab beliau nak beli barang-barang untuk TATI sedangkan Terengganu mahu menggunakan peruntukan wang ehsan untuk TATI itu bagi tujuan politik lain. Prof juga tak setuju mesin TATI digunakan utk print poster politik pada harga yg sgt rendah. Ada org hasut Harun Taib pecat pengurus besar ex BPR tu atas alasan kononnya dia tu SB (Special Branch Polis)! Cuba bayang, suspek saja, bukannya ada bukti. Kalau BN buat seperti itu, suspek saja kakitangan kerajaan sokong PAS, terus pecat, tidak kah ini satu kezaliman? Prof Zaki beri kata dua, kalau hendak pecat pengurus besar dia,pecat diri Prof Zaki sekali. PAS Terengganu beri notis 24 jam get lost dr TATI kepada Prof. Prof tidak dipanggil bicara pun. Anwar kena pecat kurang-kurang Tun Dr. Tun Dr. Mahathir panggil, bagi peluang bela diri.

Prof tinggalkan puncak kerjayanya di UM. Kalau beliau tinggal di UM, sudah tentu jadi dekan Fak. Kejuruteraan UM, diangkat jadi Majlis Tertinggi Universiti dan ada peluang jadi Naib Canselor UM. Tapi demi Islam, Prof tinggalkan UM dan pergi ke institusi lubuk macam TATI dan ditendang keluar seperti anjing kurap. Langsung tak fikir tentang sumbangannya selama ini untuk PAS. Langsung tidak difikirkan kebajikan Prof, anak2 serta isterinya. Macam ni ke Parti Islam? Jauh lagi korup dan zalim dari UMNO!

Kami beramai2 marah teramat kepada PAS. Nashrul dan saya malah bertekad kami hanya akan aktif semula dalam PAS setelah Hadi Awang dan Harun Taib mampus. Kami marah sangat dengan PAS. Tetapi Prof Zaki kata pada kami, jangan keluar dari ketaatan kepada jemaah. Kami dengan itu kekal taat dan sokong PAS demi Islam.

Akhirnya sahabat saya Nashrul sambung belajar di UK. Semasa di sana Nashrul rajin bersolat di masjid. Disitulah dia mengenali pelbagai jemaah. Saya pada ketika itu, berada pada tahun ke 4 dan final year perubatan. Maka Nashrul berjumpa dengan pelajar2 Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan mereka utk defend jemaah2 haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah2 PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith2 sahih Rasulullah yg tak pernah kami diajar atau didedahkan. Nashrul akhirnya akur dan mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT. Nashrul ditunjukkan hadith2 sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas pun yg membenarkan menjatuhkan pemerintah.

Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yg dia jumpa kini. Saya pada asalnya pun skeptic....tetapi inilah yg kami cari. Satu manhaj yg mengikut full sunnah Rasulullah. Kami pun masuk berdebat dengan ramai ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith2 yg kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut...jawapan2 mereka seperti jawapan Tun Dr. Mahathir yg kata Nabi simpan janggut kerana takde pisau gillete, kalau laksana hudud semua orang akan kudung etc!!! Mereka tolak puluhan hadith2 ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!! Pandangan ‘ulamak’ seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak adapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas.

Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yg kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan.Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadith Rasulullah. Mana-mana ulamak yg meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadith2 Nabi hanya terpakai utk Daulah Islamiyah seperti ustaz2 PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah. Mereka (PAS)mengiktiraf bahawa system khalifah/ daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki.

Sebenarnya, hanya 4 khalifah pertama sahaja yang benar2 naik jawatan melalui sitem syura. Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini. Maka setiap pelanggaran sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah.Setelah Saidina Ali, Saidina Muawiyah naik dgn Majlis Tahkim, dan setelah itu sitem monarki bermula di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah.

Tetapi para ulamak yg hidup pada zaman tersebut tetap megiktiraf Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yg mesti diberikan ketaatan bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun. Malah Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dgn manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dgn begitu kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yg zalim ini.

Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma'mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk! Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yg mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa utk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma'mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan ummat paling utama. Begitu juga dengan para khalifah Islam yg begitu ramai yg kaki perempuan, kaki khamar etc..tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS...sangat aneh.

Jatuh menjatuh oleh rakyat ini berterusan dan setiap kali berlaku, digantikan oleh pemimpin yg lebih zalim, lebih lemah, dan lebih menjauhi sunnah. Hingga akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyah buang syura dan ambil parlimen! Hapuskan serban dan diganti tarbus..Tetapi mereka kekal diiktiraf daulah islamiyah...sangat pelik.

Natijahnya, sistem Islam terhapus sama sekali dan kita mengamalkan demokrasi kini. Jika kita tidak juga kembali kepada sunnah dan berterusan mahu menjatuhkan pemerintah yang Islam, tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh orang kafir. Singapura sudah cukup sebagai contoh, kita dapat lihat orang Melayu yg sokong PAP Lee Kuan Yew kerana marah kepada UMNO menyesal tak berkesudahan kerana menjadi warga kelas kedua di negara sendiri. Lihat saja Iraq, penyingkiran Saddam Hussin tidak membawa keamanan langsung buat negara malah saban hari berlaku tembak menembak dan kekacauan. Sahabat saya dari Iraq yg sambung belajar dengan saya berkata, orang Iraq menyesal menggulingkan Saddam. Ada juga orang yang menjadikan Indonesia sebagai contoh dengan mengatakan penggulingan Suharto telah menyebabkan ekonomi Indonesia berada pada tahap tertinggi kini.

Neraca ekonomi sahaja kah yang kita pakai? Tidak nampakkah bala bencana seperti Tsunami, Banjir, Gempa Bumi, Letusan Gunung Berapi serta banyak lagi bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa? Ini semua adalah kemurkaan Allah. Jatuhnya Suharto menyebabkan merdekanya Timor Leste dan menjadi kerajaan Kristian pertama di Nusantara. Pluralisme agama tumbuh subur di sana. Adakah Islam diletakkan tertinggi? Pancasila masih didokong tertinggi walaupun Suharto dijatuhkan sudah 14 tahun lamanya. Janganlah kita tuli dalam menilai. Inilah harga yg dibayar utk perjuangan khawarij menjatuhkan pemimpin.

Sebaliknya jika kita bersabar, bertaubat bersungguh2 serta beribadat, nescaya Allah akan gantikan dengan pemimpin yg lebih baik, negara yang lebih aman dan makmur serta pentadbiran yg lebih mendekati sunnah.

Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: "Ketahuilah mudah-mudahan Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta'ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan dirolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri daris segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah." [Al-Wajiiz fii 'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]

Maka kami berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yg ada sekarang yg kebetulannya adalah UMNO. Kerajaan kita tidak lah seburuk mana,kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yg luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahan yg rata2 nya dikuasai oleh orang Islam...banyak lagi. Jika PAS memerintah, maka segala ketaatan kami secara hukumnya adalah kepada PAS. Ini kehendak ugama. Tetapi melihat kezaliman mereka selama ini serta korupsi mereka sedangkan belumpun benar2 berkuasa, maka sebelum mereka menjadi pemerintah , maka PAS akan kami tentang bersungguh2 sebelum nasi menjadi bubur.

Menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadith yg membenarkan perjuangan PAS utk menjatuhkan pemimpin yg sedia ada. Perlembagaan PAS sendiri (yakni Quran dan Hadith) mengharamkan kewujudan PAS. PAS wajib ditolak kerana perjuangan mereka adalah perjuangan khawarij. Utk kami, kami sangat jelas akan perkara ini kerana kami mendengar dengan jelas bahawa PAS akan mengangkat senjata jika gagal di dalam demokrasi sepertimana FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Hujah kami ini bukanlah hujah UMNO kerana UMNO tidak tahupun akan hujah ini, malah menekan ulamak-ulamak salaf di Malaysia seperti Ustaz Rasul Dahri dengan mengharamkan buku2 karangan beliau yg menolak bidaah seperti doa nisfu syaaban, tahlil, bacaan Yaasin pada malam Jumaat etc. Walaupun menerima tekanan dari pemerintah, ulamak2 salaf tetap taat kepada pemerintah kerana inilah yg betepatan dgn sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah serta para ulamak salaf sepanjang zaman.

Kami tenang dan aman dengan manhaj yg kami ikuti ini. Kami berjuang kini utk meyedarkan semula sahabat2 kami yg telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus. Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama2 dengan kami mendokong ajaran Rasulullah

29 Dis 2012

KARPAL SINGH TIDAK DIBENARKAN MEMBACA MAKLUMAT DAP PUSAT.




Oleh: Lim Fang 

China Press 27 Disember 2012

BN telah memerintah lebih daripada setengah Abad lamanya, pemimpin DAP asyik tiada jodoh untuk dianugerah pingat kebesaran oleh Kesultanan, apa yang terasa di dalam jiwa mereka, ia seperti tersekat di tengah jalan, semua orang dengan jelas dapat melihat jika tidak dapat direstui oleh pihak kerajaan yang memerintah pasti tidak perlulah asyik mengharapkan untuk dapat menerima anugerah pingat.


 Kehormatan begitu tinggi DAP mungkin kerana perpatah “tidak dapat makan buah anggur kata buah anggur itu masam”, dengan itu apabila tidak dapat anugerah pingat mereka berkata itu memang nasib mereka apakan dayanya. Mereka cuba ambil iktibar MCA dan Gerakan semasa menerima anugerah MCA dan Gerakan mengenakan pakaian tradisi, mengejek MCA dan Gerakan tiada kebebasan dan pendirian untuk tonjolkan kelebihan kaum.

Kata-kata seperti itu sewaktu belum mendapat sebarang jawatan menteri, memang benar itu boleh mendatangkan emosi untuk rasa tidak selesa. Kerana sebagai sebuah parti pembangkang pastinya dihimpit oleh parti pemerintah sehingga ke penghujung sempadan, pembangkang dengan alasan tidak mahu terima anugerah pingat menuduh anugerah itu semata-mata berunsurkan kepalsuan, dimana mereka tonjolkan bahawa diri mereka mendekati rakyat. 

Tetapi keadaan politik ada pasang surutnya, dahulu kita mungkin tidak ambil tahu, dimana sebenarnya sikap itu boleh berubah 180 darjah pada bila-bila masa sahaja, sedangkan speaker DAP dan Exco DAP sudah pun dengan gembira sanggup mamakai songkok menerima pingat anugerah.

Selepas Pakatan Rakyat menguasai kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan pada tahun 2008, 2 orang pemimpin DAP Ngeh Koo Ham Pada tahun 2008 dan Nga Kor Ming pada tahun 2010 mendapat pingat bergelar Datuk, menyebabkan selama ini orang-orang dalam DAP yang inginkan mendapat anugerah seperti itu seperti tergigit lidah sendiri, dahulunya sering bercakap bohong kini timbul keraguan dan prasangka pula.

Dalam keadaan dan waktu-waktu begitu tipis untuk mendapat anugerah, apabila ia sudah menjadi kebiasaan dalam buah fikiran, DAP cuba kaitkan “tidak terima sebarang Anugerah” untuk dijadikan sebagai peraturan yang tidak termaktub dan tidak tertulis dalam tradisi mereka, mereka berkata parti berjuang tidak dengan nama dan kedudukan pingat sebagai propaganda dalam perjuangan mereka. 

Walaupun DAP mempunyai pengiktirafan yang kukuh, mereka tidak juga ketepikan dalam polisi mereka, jika perkara mambantah itu secara rasmi diiktiraf dalam parti, ia bermakna sama taraf dengan membelakangi kuasa raja-raja, beban dan tanggungjawab kesalahan seperti ini yang DAP tidak sanggup memikulnya.

Pada masa itu pandangan Karpal Singh begitu tidak setuju terhadap Kor Ming dan Teng mendapat anugerah, tetapi bantahan Karpal Singh tidak memberi sebarang kesan dalam DAP. Sebab itu boleh dikatakan DAP telah memecah rekod dan tradisi DAP, kerana mereka telah membelakangi budaya mereka sendiri.

 Ini membuktikan apabila orang-orang berikan pandangan serong terhadap politik wang dan kedudukan pingat anugerah, selalunya mereka tuding orang lain, apabila tiba pada diri mereka sendiri yang terima anugerah dan mendapat kemewahan, sebaliknya fikiran dan fahaman mereka telah lali dan terpukau.

Isu Karpal Singh membantah kerana ahli DAP menerima pingat anugerah 2 tahun lepas, Karpal masih tidak mahu melupainya, baru-baru ini beliau timbulkan sekali lagi isu lama pingat anugerah kepada Kor Ming dan Teng. Tetapi beliau mendapat tentangan dari Lock Siew Fook iaitu dari kuasa utama parti itu, supaya perkara itu jangan disebut-sebut lagi, kata-kata itu sebaliknya tersirat bermakna jika isu telah dimamah masa, walaupun DAP telah melanggar peraturan, sepatutnya lebih utamakan tidak berlaku perpecahan dan sepatutnya tidak perlu timbulkan isu-isu lama itu lagi

 Dengan itu kes dan isu yang boleh membawa maksud Ngeh Koo Ham yang baru-baru ini yang didedahkan kerana terlibat dengan meluluskan pemberian puluhan ribu ekar tanah kepada bekas menteri besar Perak boleh disorokkan ke bawah karpet, ia juga dianggap berpatutan dan boleh diterima.

Boleh dihina begitu sahaja

Karpal Singh timbulkan semula isu anugerah pingat, jika bukan dari hasil cemburu, ia menunjukkan bahawa orang-orang yang mempertahankan logo lama dalam DAP masih lagi pertahankan fahaman yang begitu kuat, tetapi oleh kerana DAP sudah pernah menikmati keseronokan semasa dan waktu mereka mentadbir kerajaan negeri, dahulunya mereka lontarkan pelbagai kritikan terhadap kerajaan, hari ini apabila mereka berkuasa dan dapat memerintah, selain daripada mereka sendiri jalankan aktiviti-aktiviti rasuah, haram dan penyelewengan, mereka juga boleh perbesarkan isu ataupun mereka juga boleh kecilkan isu-isu.

Memang benar DAP cakap tidak serupa bikin, isu Tunku Abdul Aziz yang meletakkan jawatan timbalan pengerusi DAP, baru-baru ini mendedahkan penyelewengan parti serta bersikap kepentingan diri masing-masing secara peribadi dalam parti DAP, menyebabkan slogan telus dan bersih selama ini yang ditonjolkan DAP terjejas dengan sendirinya. 

Dimana Lim Guan Eng yang selama ini suka mengorek dan membongkar apa sahaja isu, bagi tuduhan-tuduhan kepada DAP yang dibuat sekarang ini beliau cuba mengelak untuk menjawab. Meletakkan DAP masih lagi suci dan tidak terusik, kenapa Lim Guan Eng masih berdiam diri tidak hadapkan mereka yang bersalah ke mahkamah ataupun tidak tuduh mereka?

Jika dilihat dari segi kepentingan DAP, Karpal Singh sendiri ada kesilapan kerana berani bercakap dan mengkritik lantang secara berdepan terhadap DAP, beliau dedahkan rahsia DAP di sidang media yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja oleh DAP. Bagi Ngeh Koo Ham, beliau telah pun memaklumkan kepada majlis teritinggi pusat berkaitan isu tanah dengan bekas menteri besar Perak itu melalui email, mungkin hanya Karpal Singh seorang sahaja yang tidak tahu. 

Karpal Singh sebagai timbalan pengerusi parti namun bukan seorang yang dibenarkan untuk membaca maklumat dalam email parti pusat, sedangkan majlis tertinggi pusat parti itu adalah penggerak kepada kekuatan untuk DAP dalam menangani isu serta sebagai tampuk kepimpinan treating parti, namun Karpal Singh tidak dilibatkan, bukankah ini menyebabkan orang ramai rasa terkejut dan persangka buruk 

kerajaan umno bn menjamin keharmoniyan kaum

KERAJAN BARISAN NASIONAL MENJAMIN KEHARMONIYAN KAUM MENGHAPUSKAN PAHAMAN POLITIK PERKAUMAN DAN MENYEDIAKAN BN UNTUK SEMUA KAUM DI MALAYSIA... BERAMAL SECARA SEPADU...
( A ) BIBIT2 PERPECAHAN DI SELAMATKAN DENGAN DASAR PENYUSUNAN SEMUIA MASYARAKAT.
( B ) AGIHAN KEKAYAAN SECARA SEPADU ADIL DAN SAKSAMA.
(C) KEBEBASAN POLITIK UNTUK SEMUA RAKYAT. 
( D) MENGUTAMAKAN RUNDINGAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH YANG TIMBUL. 
( E ) MENGHAPUSKAN POLITIK PERKAUMAN DAN MENYEDIAKAN BN UNTUK SEMUA KAUM DI NEGARA INI.
 ( F ) MENGUATKUASAKAN UNDANG UNDANG TAMPA MEMILIH BULU ATAU PANGKAT.
 ( G ) MENGGALAKKAN SUKAN.
 (H) MENINGKATKAN JATIDIRI DAN POPULARITI WIRA NEGARA.
 ( I ) MENIMBULKAN KEBANGGAAN SEMUA TERHADAP KEMAJUAN NEGARA,
 ( J ) MENGEMBLENGKAN USAHA SEMUA KAUM UNTUK MENCAPAI WAWASAN 2020.
( K ) MEMBERI KEBEBASAN MEMPELAJARI BAHASA SENDIRI DI SAMPIN BAHASA KEBANGSAAN. 
( L ) MENERIMA SEMUA KAUM DALAM PASUKAN KESELAMATAN DAN PERKHIDMATAN AWAM... DARI DULU KERAJAAN BARISAN NASIONAL MENGAMAL SEPADU UNTUK RAKYAT BERBAGAI KAUM DI MALAYSI, KERAJAAN BARISAN NASIONAL ADIL DAN SAKSAMA. DARI JTPH  PERCINTA NEGARA...




28 Dis 2012

LIHAT LAA BETAPA MISKIN NYA DAN DAIF SGT KE KELANTAN HINGGAKAN SI FIRAUN AMBIK WUDUK PON GUNA AIR SUNGAI..

LIHAT LAA BETAPA MISKIN NYA DAN DAIF SGT KE KELANTAN HINGGAKAN SI FIRAUN AMBIK WUDUK PON GUNA AIR SUNGAI.. INI SEMUA SALAH UMNO KRN TIDAK MEMPERUNTUKAN WANG KERAJAAN PUSAT UTK NEGERI KELANTAN.??????????? (gambar hiasan)



@@@
Satu soalan mudah apa sudah jadi dengan RM600 juta yang Kerajaan Pusat bagi zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri dahulu ?????

RM600 juta – satu jumlah yang cukup banyak kurang lebih enam kali ganda daripada bajet tahunan Kerajaan Pas Kelantan.

RM600 juta – tidak sampai separuh pun rakyat Kelantan mendapat bekalan air bersih daripada syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd.
Mari kita lihat tahap ‘belawok biawak’ Kerajaan Pas Kelantan :

1) Pada 4 September 2003, AKSB dilaporkan memberi jaminan bahawa semua masalah berkaitan bekalan air di negeri ini akan dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang Oktober 2004.

2) Pada Sidang DUN 14 November 2006, dilaporkan berkata, kerajaan Pas Kelantan menjangkakan seluruh rakyat akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya pada 2010.

3) Pada 22 Mei tahun 2009, sekali lagi menyatakan bahawa AKSB sedang mengenal pasti kawasan yang mengalami tekanan air rendah terutama di kawasan pedalaman untuk dibina pam air yang diimport dari Denmark.

4) Pada 10 November 2010, menyatakan masalah air di Kelantan akan selesai sepenuhnya pada tahun 2017, maksudnya 17 tahun lagi.

si faraun ni dari dulu buat diam jer... keldai2 dari dulu asyikk ehooookkk ehoookk ehoookkk hentam umno tapi x sedar hidop2 asyik kena kencing jer dgn ketua keldai .. kih3



KALAU NAK KAITKAN PSL DUIT ROYALTI X PAYAH.. ROYALTI TIADA DLM PERJANJIAN, HANYA DUIT EHSAN, KALAU MAHU EHSAN DARI UMNO MOLEK2 LAA DGN UMNO. INGAT DUIT EHSAN SUKA2 KE TADAH TABUNG MILO, LEPAS TU BUAT UMNO JADI MUSUH... ADA AKAI PIKIR :)

DARI DULU SMP KE SAAT INI SI FIRAUN NIE MENIPU JER HIDOP DIA..... BERLAKON SGT PANDAI DEMI POLITIKNYA, SBG ORANG RENDAH DIRI GUNA AGAMA UTK TUNDUKKN PENGIKUTNYA YG TOLOL.... DUIT DIA REMBAT BG KAT MENANTU, BALAK DIA REMBAT.. DULU KATA TUN M MAHA FIRAUN.. DAH 9TAHUN TUN M LETAK JAWATAN TAPI DIA SMP SKRG MASIH GILA KERUSI MB. NIE LAA KISAH SI TUA RIFAUN KEMRAROK DUNIA BERTOPENGKAN AGAMA.
 

Hasil Amanat Hadi Awang





Inilah antara hasil kejayaan yang terbesar pernah dikecapi oleh manusia yang bernama Hadi Awang sebagai pemimpin PAS, memecahbelahkan umat Islam dengan menggunakan agama sebagai senjata politik bagi menyesatkan sebahagian besar puak-puak PAS terutamanya yang taksub pada ajaran Hadi Awang.

Selepas AMANAT keramat Hadi Awang diucapkan pada 7 April 1981, berlakulah pelbagai tragedi yang yang memecahbelahkan umat Islam di Malaysia. Bermula di Terengganu, sembahyang Tarawih dua imam dan solat Jumaat secara bergilir dalam satu masjid di Kampung Gong Pasir, Besut. Perkara ini berlarutan ke 28 Masjid yang berlainan di seluruh Malaysia sehingga November 1999.

Bukan itu sahaja...Kesan AMANAT keramat Hadi Awang ini juga telah menyebabkan seorang anak sanggup DERHAKA pada ayahnya sehingga berlakunya kafir menkafirkan diantara anak beranak kerana berlainan pendirian politik. Inilah realiti apa yang berlaku setelah amanat tersebut dikeluarkan. Umat islam berpecah belah disebabkan fatwa dan penyelewengan akidah yang dilakukan PAS.

Kesan daripada AMANAT keramat Hadi Awang juga, sehingga ke hari ini perebutan untuk menguasai masjid dan surau masih berlaku di seluruh Malaysia. Orang Islam semakin berpecah belah kerana membezakan agama mengikut fahaman politik sedangkan Allah ada berfirman " Berpeganglah kamu dengan tali Allah (agama) dan janganlah kamu bercerai berai". Oleh itu umat Islam hari ini perlu sedar, siapakah sebenarnya angkara yang membawa umat Islam di Malaysia hari ini berpecah belah? 

Fikirlah fikirkan...

LEBUHRAYA WAKAF LALUAN BALAK ..PAS kasi 300 ribu ekar balak pada CIna Singapork!


Kira-kira 48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964, Kerajaan PAS Kelantan ketika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.

Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.

Rentetan daripada itu, timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan PAS Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas.

Bagaimanapun apabila berlaku krisis kepimpinan PAS di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan PAS jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.

Pakatan Rakyat ni tak boleh sebut balak, dengar dan tau saja kat mana boleh samun

Kini, di era milenium selepas PAS memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip seperti dulu.

Keika ini tanah seluas 10,526 ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun.

Syarikat itu asalnya milik individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min. Dengan demikian, kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya.

Balak belum dikenalpasti tapi tak sabar-sabar nak rembat

Gayanya saling tak tumpah seperti Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu.

Dengan kata lain, PAS seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar PAS di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan PAS pada 1978 dulu.

Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Selatan Kelantan.

Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong PAS yang rapat dengan kepimpinan negeri.

Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati.

Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB PAS bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.

Yang cekap cari peluang dari balak adalah Ustaz bankrup yang kasi kafir berkuasa dan isteri Tok Guru yang kasi riba untuk N.Ajis tidor dan mesra

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin PAS dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN, betul tak?

Namun bila ia dilakukan oleh PAS sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya.

Orang ramai sibuk mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan. Spin mengalahkan pusingan gasing.

Molek Tok Pa tadbir Kelate dari Cikgu Kemas yang masuk PAS sebab maroh tak dapat dinaikkan gaji ... mana dok , tak perform

Dulu dan sekarang sama sahaja, tabiat PAS tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik alasan pembangunan.

PAS dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada, kerana kemahiran PAS dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri.

Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin PAS.

Usahlah pemimpin PAS terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang. 22 tahun PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri.

Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar PAS erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti.

Sejarah kejatuhan PAS di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak PAS semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga PAS akan menyembah bumi.

27 Dis 2012

FOMULAR TERANCANG DAP/PR UNTUK MERAMPAS KUASA MEMERINTAH DARI BANGSA MELAYU.





pecahan antara kaum disemenanjung malaysia..
55.4% bangsa melayu
24.6% bangsa cina
7.3% bangsa india
11.0% asli/lain2 (bumiputra)
0.7% lain2 bangsa

dari 55.4% bangsa melayu yg ada, cuma 38.4% aje yg setia pada agama,bangsa dan negara..baki 17% lagi akan berpihak kepada bangsa2 lain..khususnya pada bangsa cina..jika ini yg belaku sekarang..bermakna,

38.4% bangsa melayu
41.6% bangsa cina
7.3% bangsa india
11.0% asli/lain2 (bumiputra)
0.7% lain2 bangsa

andainya BN/UMNO tumbang..
38.4% bangsa melayu masih tetap sama..
61.6% berkemungkinan pelbagai bangsa akan bergabung..dimana kesemuanya hmpir 90% adalah bkn islam..disini jika DAP menjadi wakil bagi pihak bkn islam, menubuhkan satu parti yg lebih kurang sama seperti kompenen BN,( pekara ini x mustahil untuk terjadi,kerana parti2 bkn islam akan beralih arah dari UMNO jika UMNO sudah semakin lemah dan x mampu memimpin mereka lg)
jika ini terjadi..apakah bangsa melayu akan dapat berkuasa ditanah airnya semula ?

JAWABNYA....TIDAK !!!

ini kerana 38.4% kuasa bangsa melayu tidak akan dapat menandingi kekuatan 61.6% kekuatan bangsa bkn islam termasuk 17% dari kuasa orang islam yg menyokong mereka..

MUSIBAH YANG BAKAL MENANTI BANGSA MELAYU DAN UMAT ISLAM...YANG AKAN MEREKA RASAI ADALAH..

1. agama islam tidak akan lagi menjadi agama rasmi negara ini.
2. hak2 orang islam dalam menjalankan ibadat dan dakwah agama pastinya akan tersekat.
3. hak2 keistemewaan orang melayu selaku bumiputra akan dihapuskan, termasuk juga hak raja2 melayu.
4. dari negara yg bersistemkan diraja akan bertukar kepada negara Republik.
5. kuasa ekonomi bangsa melayu akan tercicir jauh kebelakang, sedangkan sekarang ini pon bangsa cina yg menguasai kuasa ekonomi dinegara ini..
6. kepentingan seperti FELDA,RISDA.FELCRA, PROTON, PNB,MAS dan lain2 lagi pastinya akan terancam.
7. kuasa menteri2 melayu didalam kabinet mahupun parlimen akan terhakis secara pelahan dan teratur.
8. begitu juga kuasa ketua2 pemerintah seperti polis dan tentera,sudah pastinya akan disandang oleh mereka2 yg bkn islam.maka akan terhapuslah nama ASKAR MELAYU DIRAJA.
9. tanah2 milik tetap bangsa melayu..pasti akan berubah tangan apabila akhta kanun tanah negara digubal semula..yg membolehkan bangsa2 lain memilikinya..
10. yg semestinya PERDANA MENTERI MALAYSIA adalah dari kalangan mereka yg bukan beragama islam..

x mustahil jika pepatah ini ada kebenarannya..
'MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI'

secara terancang dan halus bangsa melayu akhirnya akan merempat dibumi sendiri...buat selama-lamanya.

ADAKAH INI MUSTAHIL UNTUK BERLAKU KEPADA BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM ?..
ini TIDAK MUSTAHIL untuk berlaku..jika ada segelintir bangsa melayu yg terus menerus menyokong perjuangan DAP..satu parti yang lantang menentang penubuhan sebuah negara islam dan hukum hudud..

RENUNG2KAN LAH..janganlah kita mewarisi penderhakaan dan sifat2 petualang yg ada pada SI KITOL.
cukuplah keturunan nenek moyang kita merasai penderitaan dari sikap petualang SI KITOL terhadap bangsa dan nengaranya sendiri..

apa kaitannya cuepacs dan aes???

Cuepacs buat usul gesa tangguh AES?? saya sendri tertanya kenapa Omar Osman beria2 sibuk dengan sistem AES..apa kaitan dengan Cuepacs..????Ia berkaitan dengan kesatuan pekerja ker sistem AES ini????????sejelas ini dalang utama dalam kerajaan..


pas mesti bertaubat daripada pembohongannya ''berdasarkan hadis dan al quran''

Jika ikut politik Rasulullah SAW..PENYATUAN UMAT ISLAM menjadi tunjang perjuangan utama !TETAPI PAS YANG JADI AHZAB BERSAMA DAP & PKR ADALAH PERJUANGAN SESAT MUNAFIQ YANG MAHU MEROSAKKAN AGAMA,BANGSA & TANAH AIR!!