pada 05-07-2012 01:07
KUALA LUMPUR: Jambatan kedua Pulau Pinang sepanjang 23.6km yang hampir siap pembinaannya, membuktikan komitmen tinggi kerajaan pusat untuk terus melonjak dan memesatkan pembangunan ekonomi Pulau Mutiara itu walaupun ia kini diperintah parti pembangkang.
Hakikat kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) membina jambatan bernilai RM4.5 bilion itu tidak dapat dinafikan, termasuk oleh DAP yang menerajui pakatan pembangkang di negeri itu, yang sebelum ini mendabik dada kononnya merekalah yang membawa pembangunan dan menarik pelaburan asing yang besar.
Pembangkang tidak boleh mengelabui mata rakyat dengan membuat pelbagai dakwaan kerana rakyat sedar bahawa pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang, yang sebelum ini diperintah oleh BN, adalah atas asas kukuh dan prasarana yang baik yang dibangunkan kerajaan BN.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata pembinaan jambatan kedua itu mampu memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang lebih pesat untuk faedah rakyat di negeri itu.
"Dengan memacu pertumbuhan ekonomi, jambatan ini akan membantu mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk setempat selain merancakkan lagi industri perumahan.
"Inilah manfaat yang boleh dinikmati oleh pelabur dan rakyat di negeri ini. Tentunya faedah lain termasuk mengurangkan kesesakan lalulintas," lapor Bernama.
Tentulah juga rakyat Pulau Pinang termasuk lebih 800,000 pengundi berdaftar harus membuka mata dan menghargai usaha yang dijalankan kerajaan BN kerana mereka yang mendapat kesan langsung daripada projek yang apabila siap pada Sept 2013 itu nanti, akan menjadi satu lagi ikon kebanggaan mereka.
Pembinaan jambatan kedua itu yang dimulakan pada 8 Nov 2008, yang meliputi 16.8km jambatan dan 6.8km jalan darat, akan mencatatkan nama Pulau Pinang sebagai negeri yang mempunyai jambatan terpanjang di Asia Tenggara, yang sekali gus akan menjadi tarikan pelancongan tambahan kepada Pulau Mutiara.
Jambatan itu juga adalah yang pertama menggunakan teknologi mampu menyerap gegaran gempa menggunakan produk penahan gempa yang dikenali sebagai Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB) melalui penggunaan sistem pengasingan seismik yang berkesan berupaya melindungi struktur jambatan daripada kerosakan jika terjadi gempa bumi.
Jambatan berkenaan yang akan menghubungkan Batu Kawan di bahagian tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau, kini siap kira-kira 79.5 peratus, dibina bersama oleh UEM Builders Bhd dan CHEC Pembinaan (M) Sdn Bhd.
Kejayaan pembinaan jambatan kedua yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) itu kelak memberikan jaringan hubungan dan akses ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang J. Dhinagaran ketika mengalu-alukan pembinaan jambatan itu berkata ia bukti keprihatinan kerajaan BN tanpa mengira bahawa negeri itu diperintah oleh pembangkang, asalkan rakyat mendapat hasil dan faedahnya.
Bukan sahaja rakyat Pulau Pinang yang mendapat manfaat, bahkan ahli-ahli perniagaan termasuk pelabur asing juga menikmati manfaat yang disediakan kerajaan BN, katanya.
"Kalau dengan jambatan sekarang, meskipun ada tiga lorong, namun ia tidak mampu menampung jumlah kenderaan masuk ke pulau setiap hari. Jadi kita berterima kasih kepada kerajaan pusat yang mewujudkan jambatan kedua bagi kemudahan dan keselesaan rakyat," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata wajarlah bagi penduduk Pulau Pinang menunjukkan rasa terima kasih mereka kepada kerajaan BN dengan mengembalikan pemerintahan negeri kepada BN, yang merupakan satu-satunya parti dan kerajaan yang mempunyai perancangan yang jelas untuk pembangunan, kesejahteraan dan peningkatan taraf hidup rakyat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan