26 Dis 2012

Bila KAK IJAT Lebih Mulia Daripada Ngeh/Nga


GelagatAnwar- Itulah ayat yang dikemukakan oleh Anwar dalam mesyuarat strategik tempohari. Terkesan dengan ‘deal balak’ di antara DAP dan PAS, Anwar sangat khuatir dengan situasi di mana DAP akan kehilangan MARUAH sebagai sebuah parti yang kononnya bersih.
Anwar sempat memberitahu Dr Md Nur Manuty:-
‘They (DAP leaders) are trying hard to portray as if they are the cleanest party of us all. Now? Voters will surely compare Ngeh Koo Ham’ case to Shahrizat. Mind you, she RESIGNED!’
Anwar bersungguh menyampaikan hasrat kepada Karpal agar ‘pressure’ DAP supaya mengambil TINDAKAN DISIPLIN segera dalam isu Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. Anwar tidak risau dengan PAS – sebab PAS boleh ada ayat quran untuk tenangkan hati pengundi Melayu. DAP? Integriti dan kebolehpercayaan adalah segalanya untuk DAP. Kalau terbukti bahawa mereka terlibat – DAP is gone.
Anwar sangat khuatir jika kes Ngeh/Nga ini MEREBAK sampai ke pengundi di Sabah dan Sarawak. Budaya ‘kickbacks’ ini tak sepatutnya jadi budaya Pakatan Rakyat.
Anwar bandingkan bagaimana dalam kes Shahrizat – NAMA Shahrizat tidak timbul langsung dalam syarikat. Tak ada. Apapun yang dikatakan, NFCorp tidak ada nama Shahrizat. Kalau kita, tegas Anwar, menggunakan asas yang sama – Ngeh dan Komeng patut letak jawatan dalam CEC, ataupun dikenakan tindakan disiplin ‘pending investigation’.
Sekurang-kurangnya kes Ngeh/Komeng ini memberikan sedikit MARKAH untuk Anwar bercakap dengan DAP. Kalau sebelum ini DAP sangat sombong dan cocky dalam mengurus isu Mansor Othman, inilah masanya. Anwar mahu DAP ambil tindakan kepada kedua-dua YB tersebut. Noktah.

Tiada ulasan: