3 Dis 2012

ANWAR PM BUKAN HADI !!! - DAP

                        

Tuesday, 20 November 2012

DAP hari ini mengulangi pendirian pihaknya bahawa calon Perdana Menteri jika membentuk Kerajaan Pusat kelak adalah seperti yang telah disepakati oleh Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya telah bersepakat dalam memilih Anwar sebagai Perdana Menteri dan tiada perubahan dalam keputusan itu setakat ini.

Mengulas perkembangan semasa yang tercetus pada Muktamar Tahunan Pas ke-58 dan Himpunan Kebangkitan Rakyat Jumaat lalu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu, PR telah mempunyai kesepakatan dalam pemilihan calon pihaknya dan isu siapa menjadi Perdana Menteri tidak perlu dibangkitkan lagi.

"DAP tidak mempunyai calon sebagai Perdana Menteri walaupun Pas dan PKR telah mempunyai calon. "Kita telah sepakat mengatakan Anwar menjadi Perdana Menteri, jadi kalau ada parti lain ada mahu mencalonkan pemimpinnya, itu terpulang.

"Apa yang penting, keputusan antara pemimpin yang sepakat memilih Anwar sebagai Perdana Menteri apabila PR berjaya menawan Putrajaya dan tiada perubahan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, sesiapa pun boleh mengeluarkan pendapat dan cadangan untuk memilih pemimpin daripada parti masing-masing untuk menjadi Perdana Menteri.

Namun katanya, apa yang penting ia satu keputusan bersama pemimpin PR. Dalam pada itu, Guan Eng menafikan DAP mempunyai kesepakatan dalam isu hudud yang dibawa Pas. Sebaliknya katanya, DAP tetap akan bersama PR memenangi Putrajaya dan memperjuangkan isu membanteras rasuah, memberi kesamarataan serta wujudkan dasar yang adil. "

Memang perbezaan pendapat wujud antara DAP dan Pas tapi kita perjuangkan agenda yang ada dalam Buku Jingga.

"Kita hormat Pas seperti Pas hormat DAP. Kita berganding bahu dalam isu-isu bersama iaitu lawan rasuah dan mahu selamatkan Malaysia dimiliki rakyat bukan kroni," katanya.

Hu Pang Chaw : Pencalonan Hadi Sebagai PM Bukan Pendirian PAS

KOTA BHARU- Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) menyifatkan bantahan perwakilan Dewan Ulama Pas (DUPP) terhadap pengisytiharan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya, tidak menggambarkan pendirian parti itu. Pengerusinya, Hu Pang Chaw berkata, ia bukan isu besar, tetapi komponen (Dewan Ulama Pas), tanpa pengaruhi pendirian Pas Pusat.                                    
“Ia tidak dibincang dalam muktamar kali ini, bermakna ia usul dewan itu sahaja,” katanya.
Pang Chaw berkata demikian mengulas bantahan perwakilan Dewan Ulama Pas susulan pengisytiharan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang mengumumkan Anwar sebagai Perdana Menteri ketujuh, jika PR berjaya tawan Putrajaya. Perwakilan Dewan Ulama Pas seterusnya mahu mengangkat Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang, sebagai Perdana Menteri, yang disifatkannya lebih layak dari pemimpin lain. Menurutnya, PR sebelum ini sudah mencapai persefahaman untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri jika ia berjaya menguasai Putrajaya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, rakyat tentukan siapa akan jadi Perdana Menteri. “Rakyat lantik Perdana Menteri nanti. Hari ini kita berjuang untuk menumbangkan kerajaan ditolak rakyat,” katanya JTPH

Tiada ulasan: