Monday, 3 December 2012
Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang bukanlah bahan ujikaji untuk memperjudikan masa depan agama, bangsa dan tanahair.
Ketua Penerangan Umno,
Datuk Ahmad Maslan berkata, pihak pembangkang telah membuktikan bahawa
mereka tidak berjaya menunaikan janji pilihan raya lalu di negeri bawah
pemerintahan mereka.
"Malah, buku jingga
mereka juga merupakan dokumen yang bakal menjatuhkan negara kita ini,"
katanya dalam satu kenyataan di Perhimpunan Agong UMNO 2012 selepas
ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu, Ahmad
Maslan menggesa rakyat agar menyokong Barisan Nasional (BN) kerana parti
ini merupakan parti yang sentiasa menepati janji demi kepentingan
rakyat.
"Kini tibalah masa kita untuk menyahut seruan Presiden agar bersiap siaga pada tahap tertinggi untuk PRU13," katanya.
Beliau juga berharap
agar seluruh perwakilan dan saf kepimpinan Umno mematuhi disiplin
organisasi dengam matlamat yang jelas untuk kemenangan BN demi membela
nasib rakyat dengan adil.
Sanggupkah anda
memperjudikan nasib anda, mahukah anda memperjudi nasib kepada 3 parti
yang membawa fahaman matlamat berbeza, satu mahu membuat Negara
Berkebajikan, satu lagi mahu negara Sekular, Liberal serta mengalakkan
kebebasan beragama, yang satu lagi berpandukan fahaman Komunisme Tanah
Besar Cina. Sangupkah anda memperjudi nasib, anak-anak muda generasi
akan datang bagi tempoh 5 tahun akan datang? Melihat anak muda mudi
melakukan maksiat, orang Islam bebas untuk Murtad, hak-hak keistimewaan
Bumiputera tergadai begitu saja? Mahukan keganasan serta kebebasan total
diberikan untuk melakukan demonstrasi haram, rumah rumah perlacuran
serta pelbagai lagi kerosakan dilakukan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan