Oleh: Lim Fang
China Press 27 Disember 2012
BN telah memerintah lebih daripada setengah Abad lamanya, pemimpin DAP asyik tiada jodoh untuk dianugerah pingat kebesaran oleh Kesultanan, apa yang terasa di dalam jiwa mereka, ia seperti tersekat di tengah jalan, semua orang dengan jelas dapat melihat jika tidak dapat direstui oleh pihak kerajaan yang memerintah pasti tidak perlulah asyik mengharapkan untuk dapat menerima anugerah pingat.
Kehormatan begitu tinggi DAP mungkin kerana perpatah “tidak dapat makan buah anggur kata buah anggur itu masam”, dengan itu apabila tidak dapat anugerah pingat mereka berkata itu memang nasib mereka apakan dayanya. Mereka cuba ambil iktibar MCA dan Gerakan semasa menerima anugerah MCA dan Gerakan mengenakan pakaian tradisi, mengejek MCA dan Gerakan tiada kebebasan dan pendirian untuk tonjolkan kelebihan kaum.
Kata-kata seperti itu sewaktu belum mendapat sebarang jawatan menteri, memang benar itu boleh mendatangkan emosi untuk rasa tidak selesa. Kerana sebagai sebuah parti pembangkang pastinya dihimpit oleh parti pemerintah sehingga ke penghujung sempadan, pembangkang dengan alasan tidak mahu terima anugerah pingat menuduh anugerah itu semata-mata berunsurkan kepalsuan, dimana mereka tonjolkan bahawa diri mereka mendekati rakyat.
Tetapi keadaan politik ada pasang surutnya, dahulu kita mungkin tidak ambil tahu, dimana sebenarnya sikap itu boleh berubah 180 darjah pada bila-bila masa sahaja, sedangkan speaker DAP dan Exco DAP sudah pun dengan gembira sanggup mamakai songkok menerima pingat anugerah.
Selepas Pakatan Rakyat menguasai kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan pada tahun 2008, 2 orang pemimpin DAP Ngeh Koo Ham Pada tahun 2008 dan Nga Kor Ming pada tahun 2010 mendapat pingat bergelar Datuk, menyebabkan selama ini orang-orang dalam DAP yang inginkan mendapat anugerah seperti itu seperti tergigit lidah sendiri, dahulunya sering bercakap bohong kini timbul keraguan dan prasangka pula.
Dalam keadaan dan waktu-waktu begitu tipis untuk mendapat anugerah, apabila ia sudah menjadi kebiasaan dalam buah fikiran, DAP cuba kaitkan “tidak terima sebarang Anugerah” untuk dijadikan sebagai peraturan yang tidak termaktub dan tidak tertulis dalam tradisi mereka, mereka berkata parti berjuang tidak dengan nama dan kedudukan pingat sebagai propaganda dalam perjuangan mereka.
Walaupun DAP mempunyai pengiktirafan yang kukuh, mereka tidak juga ketepikan dalam polisi mereka, jika perkara mambantah itu secara rasmi diiktiraf dalam parti, ia bermakna sama taraf dengan membelakangi kuasa raja-raja, beban dan tanggungjawab kesalahan seperti ini yang DAP tidak sanggup memikulnya.
Pada masa itu pandangan Karpal Singh begitu tidak setuju terhadap Kor Ming dan Teng mendapat anugerah, tetapi bantahan Karpal Singh tidak memberi sebarang kesan dalam DAP. Sebab itu boleh dikatakan DAP telah memecah rekod dan tradisi DAP, kerana mereka telah membelakangi budaya mereka sendiri.
Ini membuktikan apabila orang-orang berikan pandangan serong terhadap politik wang dan kedudukan pingat anugerah, selalunya mereka tuding orang lain, apabila tiba pada diri mereka sendiri yang terima anugerah dan mendapat kemewahan, sebaliknya fikiran dan fahaman mereka telah lali dan terpukau.
Isu Karpal Singh membantah kerana ahli DAP menerima pingat anugerah 2 tahun lepas, Karpal masih tidak mahu melupainya, baru-baru ini beliau timbulkan sekali lagi isu lama pingat anugerah kepada Kor Ming dan Teng. Tetapi beliau mendapat tentangan dari Lock Siew Fook iaitu dari kuasa utama parti itu, supaya perkara itu jangan disebut-sebut lagi, kata-kata itu sebaliknya tersirat bermakna jika isu telah dimamah masa, walaupun DAP telah melanggar peraturan, sepatutnya lebih utamakan tidak berlaku perpecahan dan sepatutnya tidak perlu timbulkan isu-isu lama itu lagi
Dengan itu kes dan isu yang boleh membawa maksud Ngeh Koo Ham yang baru-baru ini yang didedahkan kerana terlibat dengan meluluskan pemberian puluhan ribu ekar tanah kepada bekas menteri besar Perak boleh disorokkan ke bawah karpet, ia juga dianggap berpatutan dan boleh diterima.
Boleh dihina begitu sahaja
Karpal Singh timbulkan semula isu anugerah pingat, jika bukan dari hasil cemburu, ia menunjukkan bahawa orang-orang yang mempertahankan logo lama dalam DAP masih lagi pertahankan fahaman yang begitu kuat, tetapi oleh kerana DAP sudah pernah menikmati keseronokan semasa dan waktu mereka mentadbir kerajaan negeri, dahulunya mereka lontarkan pelbagai kritikan terhadap kerajaan, hari ini apabila mereka berkuasa dan dapat memerintah, selain daripada mereka sendiri jalankan aktiviti-aktiviti rasuah, haram dan penyelewengan, mereka juga boleh perbesarkan isu ataupun mereka juga boleh kecilkan isu-isu.
Memang benar DAP cakap tidak serupa bikin, isu Tunku Abdul Aziz yang meletakkan jawatan timbalan pengerusi DAP, baru-baru ini mendedahkan penyelewengan parti serta bersikap kepentingan diri masing-masing secara peribadi dalam parti DAP, menyebabkan slogan telus dan bersih selama ini yang ditonjolkan DAP terjejas dengan sendirinya.
Dimana Lim Guan Eng yang selama ini suka mengorek dan membongkar apa sahaja isu, bagi tuduhan-tuduhan kepada DAP yang dibuat sekarang ini beliau cuba mengelak untuk menjawab. Meletakkan DAP masih lagi suci dan tidak terusik, kenapa Lim Guan Eng masih berdiam diri tidak hadapkan mereka yang bersalah ke mahkamah ataupun tidak tuduh mereka?
Jika dilihat dari segi kepentingan DAP, Karpal Singh sendiri ada kesilapan kerana berani bercakap dan mengkritik lantang secara berdepan terhadap DAP, beliau dedahkan rahsia DAP di sidang media yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja oleh DAP. Bagi Ngeh Koo Ham, beliau telah pun memaklumkan kepada majlis teritinggi pusat berkaitan isu tanah dengan bekas menteri besar Perak itu melalui email, mungkin hanya Karpal Singh seorang sahaja yang tidak tahu.
Karpal Singh sebagai timbalan pengerusi parti namun bukan seorang yang dibenarkan untuk membaca maklumat dalam email parti pusat, sedangkan majlis tertinggi pusat parti itu adalah penggerak kepada kekuatan untuk DAP dalam menangani isu serta sebagai tampuk kepimpinan treating parti, namun Karpal Singh tidak dilibatkan, bukankah ini menyebabkan orang ramai rasa terkejut dan persangka buruk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan