Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, perobohan gerai penjaja ini adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab oleh Menteri Besar terhadap peniaga Melayu yang mencari sesuap nasi berniaga di Bandar Klang.
Menteri Besarbidas Hamidzub gagal melihat kesusahan rakyat yang berniaga kecil-kecilan untuk menanggung seisi keluarga.
“Menteri Besar juga gagal untuk menyedia kemudahan penjaja makanan di Bandar Klang terutamanya peniaga Melayu. Bandar Klang yang pesat membangun wajar memikirkan tempat untuk penjaja berniaga. Kegagalan Menteri Besar menyediakan kemudahan pusat penjaja ini tentunya menyebabkan peniaga-peniaga menyewa tanah kosong untuk mendirikan gerai sementara untuk berniaga demi mencari rezeki untuk keluarga.
“Perobohan gerai ini merupakan perbuatan penguasa yang zalim. Menteri Besar wajar berunding dan bertolak ansur dengan pelbagai kesulitan yang rakyat alami sekarang. Peniaga wajar diberikan pampasan sekiranya gerai mereka hendak dirobohkan. Peniaga juga wajar dipindahkan ke tempat yang berhampiran untuk mereka meneruskan usaha mencari rezeki dalam perniagaan,” ujarnya kepada UMNO-Online hari ini.
Tambahnya, jalan keluar terhadap persoalan ini adalah membina gerai penjaja untuk orang Melayu berniaga secara sah dan elok.
“Utamakan lah kebajikan rakyat bukan menyusahkan rakyat untuk mencari rezeki. Klang Bandar Diraja yang aman dan makmur memerlukan kerajaan yang prihatin terhadap permasalahan rakyat, bukan menghukum kesalahan rakyat yang berpunca dari sikap Menteri Besar yang tidak mahu memahami penderitaan rakyat marhaen akar umbi,” ujarnya yang juga Mantan Ketua AMK Selangor. – MediaUMNO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan