6 Dis 2012

SIRI PEMBONGKARAN: MISI ANWAR JAHANAMKAN NEGARA!!


THURSDAY, DECEMBER 6, 2012

Jom Tolak Pakatan Haram Dalam Gaung !!!! ^_^


Kesilapan Mahathir yang paling besar ialah perlantikan Anwar sebagai Menteri Kewangan untuk menggantikan Tun Daim Zainuddin. Ini kementerian penting yang perlu dipimpin oleh seorang yang benar-benar berpengalaman di bidang ekonomi dan kewangan ataupun perdagangan.

Tentulah tidak wajar seorang yang berkelulusan B.A dalam bidang kebudayaan Melayu yang tidak pernah terlibat dalam dunia korporat dan tidak mempunyai pengalaman langsung di bidang ekonomi menjadi menteri kewangan.

Tapi Mahathir terlalu sayangkan Anwar di waktu itu hingga tidak nampak langsung kelemahan dan kecacatan Anwar. Dia juga pernah menjadi seorang yang taksub terhadap Anwar pada suatu ketika dahulu. Anwar menggunakan kesempatan sebagai Menteri Kewangan untuk meluaskan sokongan para pemimpin bahagian dan juga kalangan korporat terhadapnya melalui pemberian pink forms, saham-saham Bumiputera sebanyak 30% kepada kroni-kroninya dan menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk mendapatkan berbagai kemudahan dan projek-projek besar untuk orang-orangnya.

Boleh dikatakan Anwar menjadi lebih perkasa dalam politik dan juga dipandang lebih mulia dan hebat setelah dia menjadi Menteri Kewangan. Boleh dikatakan politik wang yang diheboh-hebohkan dalam persidangan UMNO beberapa tahun yang lalu adalah berpunca dari kroni-kroni Anwar yang menabur berjuta-juta ringgit untuk membeli undi dan kedudukan dari para perwakilan sekalian. Banyak para perwakilan UMNO tahu hal ini dan juga para pemerhati politik sekalian.

Skandal kewangan yang paling besar ialah kerugian Bank Negara sebanyak lebih dari RM10 bilion akibat pembabi dalam forex (tukaran wang asing). Dikatakan hanya seorang pegawai tinggi yang berpengalaman diberi kuasa untuk membeli dan menjual forex. Dikatakan juga pegawai tersebut kononnya mendabik dada bahawa dia juga seorang pakar dalam bidang perbankan Islam. Anwar dikatakan sangat tertarik dengan ilmu perbankan Islam dari pegawai tersebut.

Oleh sebab Anwar kurang arif tentang forex, tidak seperti Tun Daim dan Tengku Razaleigh yang pernah menjadi Menteri Kewangan sebelum Anwar, maka dia tidak meneliti secara serius pembabitan Bank Negara dalam mainan forex tersebut yang dianggap terlalu tinggi dan membahayakan kepentingan negara. Dia hanya menerima nasihat dari Bank Negara dan tidak bertindak tegas sebagai Menteri Kewangan untuk menilai semula pembabitan wang rakyat dan negara yang terlalu banyak untuk bisnes forex. Pada mulanya dikatakan cuma “rugi atas kertas” tetapi sebaliknya memang benar negara kita kerugian lebih dari RM10 bilion akibat ketiadaan pengawasan yang teliti Menteri Kewangan.



Kesilapan besar terletak pada Anwar sebagai Menteri Kewangan. Di negara lain seperti Jepun dan Korea Selatan skandal kewangan tersebut dianggap sebagai kesalahan Menteri Kewangan. Dia mesti meletak jawatan tanpa disuruh berbuat demikian. Tapi Anwar tidak sanggup meletak jawatan, yang terpaksa meletak jawatan akibat skandal tersebut ialah bekas Gavernor Bank Negara, Tan Sri Jaafar Hussein (allahyarham) dan pegawai yang kononnya dianggap pakar perbankan Islam dan forex. Kini dikatakan pakar forex tersebut diambil semula berkhidmat dengan Bank Negara.

Oleh sebab dia tidak menguasai bidang ekonomi dengan baik, tanpa latar belakang dunia korporat atau pun mempunyai asas yang kukuh di bidang ekonomi maka dia terpaksa mendengar nasihat dari pihak Bank Negara dan juga pegawai-pegawai tertentu di kementeriannya dan bertindak mengikut nasihat para pegawai sahaja. Sebaik-baiknya seorang Menteri Kewangan mestilah tahu dengan agak mendalam persoalan dan masalah kewangan, mempunyai pengetahuan ekonomi yang memuaskan supaya dia dapat mengemukakan idea-idea yang kreatif dan dinamik untuk dijadikan pedoman dalam perancangan kewangan negara.

Malangnya Anwar bukan Daim atau pun Tengku Razaleigh yang luas pengalaman di bidang ekonomi dan kewangan yang memungkinkan mereka merancang dengan berkesan kewangan dan ekonomi negara.
Memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk “62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal”, Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999. Kegagalan Anwar ini merupakan juga salah satu kegagalan agenda yang dibuat oleh barat untuk melumpuhkan sistem kewangan Malaysia pada masa itu dan membolehkan IMF menapak untuk meguasai ekonomi didalam negara ini.

Serangan mata wang yang berlaku di Malaysia adalah serangan terancang dibuat oleh Yahudi diketuai oleh Soros untuk menumbangkan kerajaan Malaysia dalam ekonomi di mana akan disarankan untuk mendapat bantuan IMF dan Bank Dunia. Sejarah Indonesia sepatutnya menjadi pengajaran buat kita sebagai rakyat Malaysia dalam hal ini.




GR kata: Negara jahanam, rakyat merana jika Pakatan perintah. Hancuss!!!

Tiada ulasan: